KOTA MELAKA, 23 MEI 2020 –
Inisiatif yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Rakyat Kota Melaka tidak hanya terhad kepada pemberian kit makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan sahaja.
Inisiatif ini turut melibatkan usaha-usaha bagi membantu keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik bagi memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah melawat rumah Wong Sow Chan serta menyerahkan sumbangan daripada YB Khoo Poay Tiong.
Selain itu, pegawai-pegawai yang berkhidmat turut membawa Wong Sow Chan ke Bank Simpanan Nasional bagi membuka akaun bank.

Selanjutnya, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka turut membeli kuih-kuih raya daripada peniaga-peniaga kecil yang terjejas teruk akibat daripada wabak Covid-19.
Kuih-kuih yang dibeli ini akan diberikan kepada petugas-petugas barisan hadapan serta keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.
Projek ini merupakan usaha Pusat Khidmat Rakya Parlimen Kota Melaka bagi membantu peniaga-peniaga kecil bagi mencari sumber rezeki sepanjang bulan Ramadhan.
“Saya berharap inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh pejabat saya sepanjang bulan Ramadhan yang mulia dapat meringankan beban yang dirasai oleh setiap insan yang terkesan akibat wabak Covid-19” kata Khoo Poay Tiong.
Dari kampung pergi ke pekan,
Singgah sekejap di Pantai Puteri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

