1. Pada 17 Februari 2020 yang lalu, saya telah mengeluarkan suatu kenyataan meminta Najib Razak menjelaskan mengapakah jemaah menteri yang dipimpin oleh beliau membatalkan projek Empangan Jernih pada tahun 2017. (rujuk: )
2. Selepas itu, Najib pun lompat. Beliau kata saya fitnah beliau. Beliau juga kata sebenarnya saya yang membantah empangan tersebut. (rujuk: https://bit.ly/35At9Jx)
3. Idris Haron juga panas. Beliau kata tak masuk akal jika projek Empangan Jernih dibatalkan. (rujuk: )
4. Hari ini 4 Mei 2020, Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali mengeluarkan kenyataan media mengenai projek Empangan Jernih. (rujuk: )
5. Dalam kenyataan tersebut ada sebut “Kerajaan Persekutuan melalui Keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2017 TELAH MEMBATALKAN Projek Empangan Jernih.”
6. Pada tahun 2017, jemaah menteri dipengerusikan oleh siapa? Pada tahun 2017, Ketua Menteri Melaka ialah siapa?
7. Adakah sekarang Najib Razak akan kata Ketua Menteri Melaka dari parti beliau sendiri membuat fitnah? Idris Haron pula akan sangkal kenyataan boss beliau sendiri?
8. Kenyataan Ketua Menteri juga mengesahkan bahawa projek Empangan Jernih diluluskan semula secara rasmi pada 31 Oktober 2018. Pada ketika itu, kerajaan persekutuan dan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Perkara ini diusahakan dengan serta-merta sebaik saja kita mengambil alih sejak bulan Mei 2018.
9. Walaubagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka atas pemakluman status terkini projek-projek bekalan air untuk Melaka. Perkara ini amat dialu-alukan atas dasar ketelusan dan pentadbiran (good governance).
10. Terutamanya, komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan projek ini pada tahun 2020 adalah amat penting sekali.
11. Saya akan memberi pandangan lanjut saya mengenai pengumuman projek-projek bekalan air tersebut dalam kenyataan yang seterusnya. Terima kasih.
Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

