Pandangan awal saya mengenai pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat:
1. Bantuan Prihatian berjumlah RM500-RM1,600 adalah inisiatif yang penting untuk rakyat dalam jangka masa pendek. Ini sejajar dengan saranan Pakatan Harapan sebelum ini.
2. Inisiatif-inisiatif lain yang diumumkan, seperti dana usahawan mikro dan pelbagai pengecualian bayaran, amat dialu-alukan untuk meringankan beban rakyat.
3. Persatuan SME Malaysia telah menyatakan bahawa pakej ransangan tersebut tidak banyak membantu SME di Malaysia. Dijangkakan 50% SME akan menghadir masalah untuk terus beroperasi. Kerajaan wajar meneliti perkara ini dan mengorak langkah-langkah tambahan.
4. Kebanyakan inisiatif akan mula pada bulan April. Pelaksanaan perlu telus dan cekap supaya bantuan boleh sampai kepada rakyat secepat mungkin.
5. Pemantau dan kerjasama oleh semua pihak amat penting. Ini termasuk di peringkat agensi kerajaan, parlimen, dan akar umbi. Maklumat dan feedback perlu disalurkan secara berterusan. Apa yang tidak betul mesti diperbaiki dengan segera.
6. Covid-19 adalah krisis kesihatan dan ekonomi sedunia yang terbesar dalam era ini. Pakatan Harapan telah menyatakan sokongan kepada semua pihak untuk bersama-sama membantu dalam menangani isu ini.
7. Keadaan ekonomi dan wabak Covid-19 perlu dipantau secara berterusan. Langkah-langkah lain perlu diperkenalkan dari masa ke semasa.
8. Pada masa yang sama, perkara yang paling penting masihlah mematuhi perintah kawalan pergerakan. Duduk di rumah. Kurangkan pergerakan dan amalkan penjarakkan sosial (social distancing).
Khoo Poay Tiong
MP Kota Melaka

