Majlis Setiausaha Pakatan Harapan merakamkan rasa kesal serta bantahan terhadap pengumuman Kerajaan yang bemiat menaikkan harga pasaran bagi penutup muka 3-lapis (3-ply face mask) dari RM0.80 sekeping ke RM2.00 sekeping.
Kenaikan harga sebanyak 150% ini adalah keterlaluan dan cukup mendadak. la juga tidak membantu meredakan keadaan, di mana isu sebenar di sini adalah isu bekalan yang tidak mencukupi.
Pakatan Harapan menggesa Kerajaan untuk meneruskan dan memuktamadkan perbincangan dengan pihak industri, dengan objektif meminta industri meningkatkan pengeluaran penutup muka. Berdasarkan perbincangan terdahulu, kami yakin empat perkara perlu dilaksana segera bagi membantu industri mencapai objektif tersebut:
i. membantu industri mengatasi masalah pekerja yang tidak mencukupi:
ii. mempercepat proses meluluskan penambahan shif operasi dari dua ke tiga:
iii. memberi pengecualian atau pelepasan cukai-cukai tertentu, seperti yang tertakluk di bawah Akta Kastam 1967; dan
iv. Kerajaan perlu memudahkan industri untuk memperoleh bahan mentah bagi meningkatkan pengeluaran penutup muka.
Pakatan Harapan turut berpandangan bahawa pada ketika China merupakan pengeluar penutup muka terbesar dunia, Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan Kerajaan China (“Government-to-Govemment’) untuk membolehkan serta mempermudah industri dan syarikat di Malaysia mengimport penutup muka dari negara itu. Ini kerana isu wabak COVID-19 telah semakin reda di China.
Akhir sekali, Kerajaan Pakatan Harapan dahulu telah mengusahakan satu skim pembelian secara pukal dari semua pengeluar penutup muka dalam negara. Pada waktu itu, industry mampu menghasilkan 7 juta penutup muka seminggu, dan langkah-langkah telahpun disediakan pada waktu itu untuk memastikan stock penutup muka dalam negara mencukupi. Malah dalam semua perbincangan di antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada waktu itu, wakil industi tidak pemah sekalipun membangkitkan isu harga. Kerajaan Pakatan Harapan pada waktu itu bersedia membeli semua stok penutup muka pada harga RM0.60 sekeping.
Pakatan Harapan menggesa Kerajaan untuk mengkaji semula pengumuman kenaikan harga ini, dan jangan membebankan rakyat sebegini rupa.


