Adakah benar kerja-kerja pembaharuan sedang dijalankan di Seri Bendahara?

Dalam beberapa hari ini, telah tular beberapa gambar dan mesej mengenai bangunan Seri Bendahara, iaitu kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan projek pembaharuan (renovation) sedang dijalankan di Seri Bendahara. Projek tersebut dikatakan akan menelan belanja sekitar RM300 ribu.

Saya menyeru supaya Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali, tampil untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. Terutamanya, beliau wajar menyatakan sama ada gambar dan mesej tersebut adalah benar atau tidak. Ini adalah untuk melindungi kredibiliti kerajaan dan mengamalkan sikap keterbukaan dalam pentadbiran.

Untuk rekod, ketika Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan di Melaka, bekas Ketua Menteri, Adly Zahari, telah membuat keputusan untuk tidak tinggal di Seri Bendahara. Ini adalah kerana kos penyelengaraan Seri Bendahara adalah sangat tinggi. Sebagai contoh, bil elektrik sahaja boleh mencecah RM30 ribu sebulan.

Sudah pasti, jika benar Ketua Menteri yang baharu membuat keputusan untuk memperbaharui dan menetap di Seri Bendahara semula, ini merupakan suatu pembaziran yang wajar dielakkan. Bayangkan berapa Rumah Peduli Melaka yang boleh dibina dengan kos perbelanjaan ini?

Perkara ini juga penting kerana kita sedang mengharungi krisis Covid-19. Krisis yang sedang melanda ini bukan sahaja merupakan suatu isu kesihatan awam, malah akan memberi kesan ekonomi yang besar untuk tahun ini dan seterusnya.

Maka, dana kerajaan lebih baik digunakan untuk menyokong rakyat yang terjejas dalam isu Covid-19 ini, terutamanya peniaga-peniaga kecil dan golongan B40. Sebagai contoh, negeri Perak dan Pulau Pinang telah masing-masing memperuntukkan RM7 juta dan RM20 juta untuk membantu rakyat yang teruk terkesan oleh perintah kawalan pergerakan.

Ketua Menteri Melaka telah menyatakan hari ini bahawa kerajaan sedang menilai insentif yang akan diberikan kepada rakyat yang terjejas. Saya menyeru agar perkara ini disegerakan supaya rakyat boleh mendapat kepastian.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

Update 20/3/2020:

Saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kenyataan JKR Melaka yang memberi sedikit pencerahan terhadap isu pembaharuan (renovation) di Seri Bendahara.

Saya membangkitkan isu tersebut kerana telah menerima banyak pertanyaan mengenainya. Maka, prinsip ketelusan dan penyampaian maklumat adalah penting supaya rakyat boleh mengambil tahu mengenai isu-isu berkepenting awam.

JKR Melaka menyatakan bahawa kerja-kerja yang sedang dijalankan di Seri Bendahara adalah kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Namun saya ingin memberi sedikit lagi pandangan dan persoalan dalam isu ini.

1. Saya maklum mengenai dua sebutharga yang dikeluarkan untuk kerja-kerja di Seri Bendahara pada bulan Disember 2019 dan Februari 2020. Mengikut Sebutharga tersebut, kerja-kerja adalah melibatkan pepasangan elektrik dan penukaran lampu sahaja.

Tetapi gambar-gambar yang tular di whatsapp dan media sosial menunjukkan kerja-kerja lebih meluas yang turut melibatkan lantai dan dinding. Atas sebab inilah saya telah menyeru agar Ketua Menteri memberi penjelasan lanjut, khasnya sama ada terdapat kerja-kerja tambahan yang diarahkan setelah berlakunya penukaran kerajaan, dan sama ada kerja-kerja tersebut ada melalui tender terbuka seperti yang dilakukan oleh JKR.

2. Saya memohon agar Ketua Menteri boleh menyatakan berapa jumlah kos untuk penyelengaraan atau pembaharuan yang sedang dijalankan untuk Seri Bendahara, dan sama ada ia boleh ditunda atau dikurangkan.

Ini adalah penting kerana Ketua Menteri wajar menilai semula semua projek-projek sedia ada dan menangguhkan mana-mana yang tidak penting buat masa ini. Ini membolehkan dana kerajaan disalurkan untuk membantu rakyat dan merancakkan semula ekonomi negeri ekoran wabak Covid-19 ini.

Selain daripada kerja-kerja di Seri Bendahara, terdapat juga projek-projek lain yang boleh ditunda buat masa ini. Sebagai contoh, Belanjawan Melaka untuk 2020 ada memperuntukkan RM2 juta untuk projek Perpustakaan Digital Melaka. Projek ini boleh ditunda supaya wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat dalam isu Covid-19.

3. Saya menyeru Ketua Menteri untuk nyatakan sama ada beliau berhasrat untuk menetap di Seri Bendahara semula. Sepertimana yang kita maklum, Ketua Menteri yang lepas, Adly Zahari, telah membuat keputusan untuk tidak menetap di Seri Bendahara kerana kos penyelengaraan adalah terlalu tinggi. Semasa pentadbiran PH juga, cadangan telah dikemukakan untuk menjadikan Seri Bendahara sebagai bangunan awam yang boleh disewa atau digunakan untuk program-program masyarakat.

Saya mencadangkan supaya Ketua Menteri yang baharu meneruskan dasar-dasar mengenai Seri Bendahara yang telah ditetapkan oleh Adly Zahari sebelum ini.

Terima kasih.

Is it true that renovation works are being carried out in Seri Bendahara?

Media Statement
19 March 2020

Is it true that renovation works are being carried out in Seri Bendahara?

In the past few days, several photos and messages have gone viral with regards to Seri Bendahara, the official residence of the Melaka Chief Minister.

The photos show renovation works being carried out in Seri Bendahara. The project would purportedly cost around RM300,000.

I call upon the Chief Minister of Melaka, Sulaiman Md Ali, to come forth and clarify this matter. He should state whether or not those photos and messages are true. This is to protect the integrity of the state government and to ensure transparency in governance.

For the record, when Pakatan Harapan took over the government in Melaka, our former Chief Minister, Adly Zahari, decided to not stay in Seri Bendahara. This was because the maintenance cost of the residence is very high. For example, the electricity bill itself could reach RM30,000 per month.

If the new Chief Minister has indeed decided to renovate and stay in Seri Bendahara, this would definitely be a wastage which could be avoided. I wonder how many Rumah Peduli Melaka (low cost houses) could be built with the cost spent on Seri Bendahara?

This matter is also important in light of the Covid-19 crisis. The ongoing Covid-19 crisis is indeed a critical public health issue, but it will also leave a devasting impact on our economy for the rest of the year and beyond.

Therefore, government funds would be better spent to support those badly affected by the Covid-19 crisis, especially small traders and the B40 group. For example, Perak and Penang has allocated RM7 million and RM20 million respectively to help citizens who are affected by the movement control order.

The Melaka Chief Minister has announced that the government is evaluating the suitable incentive to provide to those affected. I urge that this be carried out immediately so that the people can have some certainty.

Khoo Poay Tiong
MP Kota Melaka