YB DATUK AZHAR AZIZAN HARUN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur
2 Disember 2020.
Datuk Yang di-Pertua,
PEMBERITAHU USUL UNTUK MERUJUK YANG BERHORMAT WILLIE MONGIN (PUNCAK BORNEO) KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN
Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya pemberitahu usul seperti berikut dikemukakan untuk perhatian dan tindakan lanjut Datuk Yang di-Pertua:
BAHAWA pada hari Selasa, 1 Disember 2019, Yang Berhormat Willie Anak Mongin (Puncak Borneo), merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, telah menunjukkan isyarat jari tengah sebanyak dua kali kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain;
BAHAWA perbuatan Yang Berhormat Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) tersebut perlu diberi perhatian serius kerana merupakan sesuatu yang lucah, biadap, dan menghina kemuliaan Dewan Rakyat;
BAHAWA perbuatan Yang Berhormat Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(4), Peraturan Mesyuarat 41(a), dan tataetika sebagai seorang Ahli Parlimen;
MAKA DENGAN INI DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya siasatan dan tindakan lanjut boleh diambil ke atas perbuatan beliau.
2. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kejadian tersebut merupakan sebuah perkara serius yang wajib diambil tindakan lanjut oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
3. Maka dengan ini saya menyeru supaya Datuk Yang di-Pertua mengambil tindakan yang tegas dengan segera demi memelihari integriti dan kemuliaan Dewan Rakyat.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
KHOO POAY TIONG
Ahli Parlimen Kota Melaka
Salinan kepada:
1. Setiausaha Dewan Rakyat

