Surat: RE: Klarifikasi Mengenai Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas

YB DATUK AZHAR AZIZAN HARUN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur

30 November 2020.

Datuk Yang di-Pertua,

RE: KLARIFIKASI MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat daripada Yang di-Pertua bertarikh 16 November.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua atas maklumbalas tersebut. Namun, dengan penuh hormat, saya terpanggil untuk menzahirkan kekecewaan saya kerana persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh saya dalam surat bertarikh 9 November 2020 tidak terjawab.

3. Saya menyambut baik saranan Datuk Yang d-Pertua supaya sembilan Jawatankan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) yang baharu ini diberi masa dan ruang untuk menjalankan fungsi mereka. Saya bersetuju dan tidak mempertikaikan perkara ini kerana JKPK mesti mula berfungsi secepat mungkin.

4. Namun, perkara yang dibangkitkan oleh saya adalah mengenai keperluan Jawatankuasa Dewan dan Datuk Yang di-Pertua, selaku pengerusi jawatankuasa tersebut, untuk memberi penjelasan tentang sebab dan rational pemansuhan JKPK terdahulu dan penubuhan sembilan JKPK baharu ini.

5. Bagi saya, penjelasan mengenai sebab dan rational sesuatu keputusan dibuat adalah perkara asas yang penting dalam sistem demokrasi. Ini adalah supaya ahli parlimen dan orang awam boleh memahami isu tersebut dengan lebih mendalam, dan juga sebagai rujukan pada masa hadapan.

6. Saya memohon penjelasan ini kerana ia tidak diperjelaskan dalam Penyata Jawatankuasa Dewan yang dibentangkan di Dewan Rakyat ataupun ketika Menteri mengemukakan usul tersebut. Maka, dengan ini saya memohon supaya Datuk Yang di-Pertua dapat memberi penjelasan yang sewajarnya terhadap persoalan ini atas prinsip keterbukaan dan akauntabiliti.

7. Selain itu, saya juga telah membangkitkan keperluan mewujudkan sebuah JKPK Pilihan Raya. Jawatankuasa ini penting supaya isu-isu berkaitan dengan pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat dipantau oleh sebuah badan bi-partisan di parlimen.

8. Ketika Menteri di Jabatan Menteri membentangkan usul mengenai Penyata Jawatankuasa Dewan di Dewan Rakyat pada 11 November 2020, saya telah membangkitkan cadangan ini. Beliau telah meminta supaya saya dan ahli-ahli dewan yang lain menulis kepada Datuk Yang di-Pertua untuk mengemukakan sebarang cadangan mengenai JKPK, supaya cadangan-cadangan ini boleh dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Dewan.

9. Maka dengan ini, saya memohon supaya Datuk Yang di-Pertua, selaku pengerusi Jawatankuasa Dewan, boleh mengemukakan cadangan saya mengenai JKPK Pilihan Raya kepada Jawatankuasa Dewan dalam masa terdekat.

10. Pertimbangan dan perhatian Datuk Yang di-Pertua dalam perkara-perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KHOO POAY TIONG
Ahli Parlimen Kota Melaka