Surat: Pertanyaan Jawab Lisan yang Tidak Terjawab

YB Datuk Azhar Azizan Harun
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur.

23 November 2020.

Datuk Yang di-Pertua,

PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK TERJAWAB

Dengan segala hormatnya saya merujuk dan memohon perhatian Datuk Yang di-Pertua kepada pertanyaan bagi jawapan lisan saya yang bertarikh 4 November 2020 yang bernombor 39.

2. Pertanyaan tersebut adalah seperti berikut:

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan dan jumlah projek-projek rundingan terus yang telah diluluskan di bawah Kerajaan Barisan Nasional (Mei 2013 – April 2018) dan Kerajaan Perikatan Nasional (Februari 2020 – terkini), termasuklah senarai projek-projek tersebut.

3. Jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan secara bertulis adalah dilampirkan bersama surat ini.

4. Setelah meneliti jawapan tersebut, saya mendapati Menteri Kewangan telah gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya. Soalan saya secara spesifiknya meminta Menteri Kewangan menyatakan bilangan, jumlah, dan senarai projek-projek rundingan terus yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Perikatan Nasional.

5. Namun, jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan tidak menjawab kepada pertanyaan saya. Jawapan tersebut hanya memberi penerangan mengenai Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus dan oleh itu tidak boleh dianggap sebagai sebuah jawapan kepada pertanyaan asal.

6. Saya berpendapat bahawa perkara ini adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 21 (1)(a) yang membolehkan pertanyaan-pertanyaan dibuat oleh seseorang ahli Dewan Rakyat kepada Menteri-menteri berkenaan dengan hal-hal yang dalam urusan jawatan mereka. Peraturan Mesyuarat 21(3) juga menerangkan bahawa tujuan sesebuah pertanyaan adalah untuk mendapat penerangan berkenaan dengan sesuatu hakikat yang dalam pengetahuan istimewa ahli, ataupun Menteri dalah konteks ini, yang ditujukan pertanyaan itu.

7. Jelas bahawa tujuan Peraturan Mesyuarat 21 diwujudkan adalah supaya parlimen, sebagai salah satu institusi penting negara, dalam memainkan fungsi semak dan imbang (check and balance) terhadap pihak eksekutif. Fungsi ini merupakan sebuah konvensi am di mana-mana sistem demokrasi berparlimen.

8. Dalam hal ini, maksud semula jadi perkataan “pertanyaan” ialah sesebuah soalan atau perihal bertanya mengenai sesuatu perkara yang memerlukan penerangan lanjut. Oleh itu, sesorang Menteri wajib memberi jawapan ataupun penerangan mengenai perkara-perkara yang ditanya oleh seseorang ahli.

9. Saya ingin memberi sebuah contoh untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih baik. Jika seseorang ahli Dewan Rakyat bertanya kepada Menteri Kewangan mengenai jumlah hasil kutipan cukai negara untuk tahun 2019, adakah pertanyaan itu boleh dianggap sebagai sudah dijawab jika Menteri Kewangan hanya menyatakan dasar-dasar percukaian kerajaan tanpa mengemukakan jumlah hasil kutipan sepertimana yang asalnya ditanya dalam pertanyaan tersebut?

10. Saya berpendapat bahawa perkara-perkara sebegini akan melemahkan fungsi parlimen sebagai sebuah mekanisme semak imbang. Tindakan sebegini membolehkan sesorang Menteri untuk tidak menjawab pertanyaan yang dikemukakan dengan memberi “jawapan” yang tidak berkaitan atau tidak menjawab kepada pertanyaan asal.

11. Pada pendapat saya juga, tindakan ini adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 24(3) kerana seseorang Menteri hanya boleh enggan menjawab pertanyaan dengan kebenaran Yang di-Pertua.

12. Untuk penekanan, saya ingin menjelaskan bahawa adalah boleh diterima jika Menteri Kewangan menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak mempunyai maklumat mengenai pertanyaan saya atau tidak dapat menjawab pertanyaan saya atas sebab-sebab tertentu seperti kepentingan keselamatan negara. Perkara ini boleh diterima jika alasan-alasan yang dikemukakan adalah munasabah. Namun, Menteri Kewangan tidak menyatakan perkara sedemikian dalam jawapan yang diberikan.

13. Maka dengan ini saya memohon Datuk Yang di-Pertua untuk membuat sebuah petua ataupun ruling dalam perkara ini, khususnya supaya sebuah jawapan yang berpatutan kepada pertanyaan yang bertarikh 4 November 2020 boleh dikemukakan semula kepada saya.

14. Pertimbangan dan perhatian Datuk Yang di-Pertua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

Lampiran:
1. Pertanyaan dan jawapan oleh Menteri Kewangan bertarikh 4 November 2020 (No. 39)