(A) Pemberitahu Soalan “Jawab Lisan”
(1) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah atau strategi jangka sama pendek dan jangka masa panjang kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menguatkan dan memulihkan integrity sistem dan proses pilihan raya di Malaysia?
(2) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dijalankan semula sebelum pilihan raya umum yang akan datang?
(3) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Kesihatanmenyatakan status dan jangka masa pelaksanaan Skim Peduli Sihat sepertimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam PRU14?
(4) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Pengangkutanmenyatakan strategi dan rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di negeri-negeri di luar Selangor dan Kuala Lumpur seperti Melaka?
(5) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Pendidikanmenyatakan status, skop, dan jangka masa pengiktirafan sijil UEC sepertimana dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam PRU14?
(6) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan kesan projek-projek mega pelabuhan laut yang melibatkan negara asing, seperti Melaka Gateway, terhadap ekonomi, hak milikan tanah, dan kedaulatan negara Malaysia?
(7) YB Khoo Poay Tiong [KotaMelaka] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah dan strategi yang akan diambil oleh kerajaan dan pihak polis untuk mengatasi masalah kedai dan mesin perjudian haram?
(8) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Pelancongan menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk mengkaji semula atau membatalkan cukai pelancongan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Pelancongan 2017?
(B) Pemberitahu Soalan “Jawab Bertulis”
(1) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Kewanganmenyatakan jumlah cukai-cukai (mengikut pecahan jenis) yang dikutip daripada Negeri Melaka untuk tahun 2012-2017?
(2) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kes denggi (mengikut pecahan negeri) untuk tahun 2012-2017, dan strategi kerajaan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah denggi ini?
(3) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status projek tebatanbanjir di Melaka, dan apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir, khasnya di Melaka?
(4) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Perdana Menterimenyatakan sama ada Perdana Menteri bercadang untuk membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang sedia ada sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 114(3) dan Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan?
(5) YB Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitarmenyatakan status permohonan pelepasan tanah persekutuan di Lot 3240 Plot A, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah, oleh Kerajaan Negeri Melaka, dan adakah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersetuju memindahkan hak miliknya supaya boleh ditawarkan kepada penduduk tempatan untuk pembangunan kediaman?
(C) Pemberitahu Usul
YB Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) akan mencadangkan suatu usul seperti berikut kepada Dewan Rakyat:
“Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood, dan lima anggota SPR yang lain, iaitu Dato’ Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato’ Bala Singam A/L Karupiah, dan Dato’ Leo Chong Cheong, dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta”

