Program Latihan Politik Kota Melaka 2020

KOTA MELAKA, 21 SEPTEMBER 2020 – Program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka telah bermula pada 20 September 2020 dengan penyertaan seramai 5 orang pelatih.

Program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020 diadakan bagi memberikan pendedahan kepada orang awam tentang sistem politik di Malaysia dan juga pembangunan politik akar umbi di Parlimen Kota Melaka.

Selain itu, program ini turut menjadi medan bagi orang awam untuk mengenali tugasan harian ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong dengan lebih dekat selain turut terlibat dalam urusan pentadbiran harian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka.

Program latihan ini akan berlangsung selama dua bulan dan para pelatih akan mempelajari tentang sistem politik Malaysia, terlibat dalam urusan pentadbiran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dan dikehendaki terlibat dalam projek persendirian atau program-program anjuran Parlimen Kota Melaka seperti Food Bank Kota Melaka.

Disamping itu, proses pendaftaran program ini telah berjalan sejak bulan Julai 2020 yang lalu dan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Pada sesi kali ini, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah memilih seramai lima orang pelatih yang terdiri daripada peringkat umur yang berbeza iaitu 17 tahun sehingga 50 tahun.

Ujar YB Khoo Poay Tiong, program ini dapat memberikan gambaran kepada para pelatih tentang senario politik Malaysia dan tigasan-tugasan yang perlu dijalankan oleh setiap ahli Parlimen,

“Setiap ahli Parlimen ada kemahiran dan kaedah mereka tersendiri bagi mentadbir kawasan Parlimen masing-masing, oleh itu saya amat berharap para peserta bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu yang baharu namun turut sama menyumbang idea kepada saya bagi mentadbir dan menjadi seorang ahli Parlimen yang lebih efektif dan efisien” tambah Poay Tiong lagi.

Insiatif ini dianjurkan juga dengan harapan bagi memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk terlibat secara aktif dalam politik kerana  ianya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.  Kami juga menggalakkan agar sebuah dinamika politik yang lebih sihat, positif dan konstruktif dapat dibina oleh kita semua.

Para pelatih program latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020 sedang menghayati penerangan daripada ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong

 

Program Latihan Politik Kota Melaka 2020

KOTA MELAKA, 21 SEPTEMBER 2020 – Program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka telah bermula pada 20 September 2020 dengan penyertaan seramai 5 orang pelatih.

Program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020 diadakan bagi memberikan pendedahan kepada orang awam terutamanya lepasan SPM dan universiti tentang sistem politik di Malaysia dan juga pembangunan politik akar umbi di Parlimen Kota Melaka.

Selain itu, program ini turut menjadi medan bagi orang awam untuk mengenali tugasan harian ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong dengan lebih dekat selain turut terlibat dalam urusan pentadbiran harian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka.

Program latihan ini akan berlangsung selama dua bulan dan para pelatih akan mempelajari tentang sistem politik Malaysia, terlibat dalam urusan pentadbiran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dan dikehendaki terlibat dalam projek persendirian atau program-program anjuran Parlimen Kota Melaka seperti Food Bank Kota Melaka.

Disamping itu, proses pendaftaran program ini telah berjalan sejak bulan Julai 2020 yang lalu dan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Pada sesi kali ini, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah memilih seramai lima orang pelatih yang terdiri daripada peringkat umur yang berbeza iaitu 17 tahun sehingga 50 tahun.

Ujar YB Khoo Poay Tiong, program ini dapat memberikan gambaran kepada para pelatih tentang senario politik Malaysia dan tigasan-tugasan yang perlu dijalankan oleh setiap ahli Parlimen,

“Setiap ahli Parlimen ada kemahiran dan kaedah mereka tersendiri bagi mentadbir kawasan Parlimen masing-masing, oleh itu saya amat berharap para peserta bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu yang baharu namun turut sama menyumbang idea kepada saya bagi mentadbir dan menjadi seorang ahli Parlimen yang lebih efektif dan efisien” tambah Poay Tiong lagi.

Selanjutnya, program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020 ini turut berlangsung seiring dengan DAP Intership Program 2020. Namun yang demikian, program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020 ini sedikit berbeza formatnya berbanding DAP Internhsip Program 2020 melibatkan had usia dan tempoh masa latihan.

Para pelatih program latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020 sedang menghayati penerangan daripada ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong

 

马六甲市区政治培训计划

马六甲22日讯 – 为了吸引更多人投入及了解政治工作,马六甲市区国会社区中心设立政治培训计划 (Program Latihan Politik Parlimen Kota Melaka 2020) ,并于2020年9月20日正式开跑,目前共有5名学员参加。

这项计划的目的是向年轻人,特别是中学和大学毕业生介绍马来西亚的政治体系以及甲市区的基层政治发展情况。由于报名的人数众多,马六甲市区国会社区中心精心挑选了五名来自不同年龄(即17岁至50岁)的学员参与了这次的培训计划。

除此之外,该计划也为参与者提供了一个平台,让大家能够深入了解政治工作者及议员的日常职责,并亲身参与国会议员办事处的日常管理。

该培训计划将持续两个月,学员们能够从中积极参与由马六甲市区国会所组织的项目或计划,例如马六甲市区国会食物银行(Food Bank Kota Melaka)

邱培栋说,每位国会议员都有自己的技能和方法来管理各自的国会选区。因此,希望每位学员不仅可以从这项计划中学到新知识,同时也能够交换心得意见,让马六甲市区国会成为一个高效率的选区。

此外,虽然此政治培训计划2020将与民主行动党 (DAP) 所开办的民主行动党实习计划2020 (DAP Internship Program 2020)同期进行。但是两项计划还是有所差异,后者限制学员的年龄和计划的期限。

 

学员们专心聆听邱培栋国会议员的解说。