Pertanyaan: Undang-undang Pendanaan Politik

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah undang-undang pendanaan politik akan dibentangkan di dalam sidang ini dan adakah cadangan masyarakat sivil untuk pendanaan awam akan diterima, memandangkan pengaruh politik wang akibat tiada undang-undang berkenaan membuka ruang rasuah dan mengakibatkan pengaruh tidak wajar oleh pihak berkepentingan.

JAWAPAN

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan komited dalam membanteras rasuah dan politik wang. Justeru itu, RUU Dana Politik ini perlu diangkat semula untuk kelulusan dasar baharu oleh Jemaah Menteri.

2. Susulan perkembangan politik pasca Pilihanraya Umum 15, landskap politik di Malaysia turut mengalami beberapa perubahan di mana terdapat gabungan politik yang baru. Oleh yang demikian, sesi libat urus perlu diteruskan untuk mendapatkan maklum balas parti-parti politik dan pihak berkepentingan, agar RUU yang bakal digubal ini adalah inklusif dan komprehensif.

3. Dalam hal ini, RUU Dana Politik akan dicadang untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) supaya semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh memberi pandangan dan cadangan supaya semua aspek yang penting berkenaan dana politik ini diambil kira. Selain daripada RUU Dana Politik, Kerajaan juga akan mengambil kira amalan dan perundangan yang sedia ada untuk mengatasi isu dana politik, antaranya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], Akta Pendaftar Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Kegiatan Haram 2001 [Akta 613].

Sekian, terima kasih.