Pertanyaan: Tapak perlombongan di Hulu Perak

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:-

a) adakah siasatan dilakukan terhadap dakwaan bahawa, berdasarkan imej satelit, MCRE Resources Sdn Bhd telah membuka tanah dan membangunkan tapak perlombongan sejak Disember 2019 di Hulu Perak walaupun laporan EIA hanya diluluskan pada Mei 2022; dan

b) adakah syarikat tersebut telah mendapat Skim Operasi Melombong (OMS) untuk projek tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Merujuk kepada imej satelit pada Disember 2019 yang dimaksudkan, terdapat struktur pejabat tapak di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP). Walau bagaimanapun, tiada sebarang aktiviti menjurus ke arah perlombongan dijalankan ketika itu.

2. Pejabat tapak tersebut adalah bagi kerja-kerja mencarigali yang dijalankan oleh penggerak projek di atas tanah persendirian milik PPPNP dan di atas kelulusan Lesen Mencarigali milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.). Pihak penggerak projek ada menjalankan kerja-kerja awalan di atas tanah milik tersebut setelah mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri Perak pada 6 Ogos 2020.

3. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri Perak telah meluluskan Lesen Melombong Tuan Punya PML 6/2021 bagi tapak projek perintis tersebut menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil.2009 pada 2 Disember 2020. Lanjutan dari itu, JMG telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kerana kerja-kerja pembangunan lombong atau perlombongan di atas tenemen mineral hanya boleh dijalankan setelah memperolehi kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS) di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. Penggerak projek turut diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi seperti pengukuhan cerun, penanaman rumput dan perparitan yang teratur di atas kawasan tersebut.

4. JMG telah mengeluarkan kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SPM) bagi projek perintis tersebut pada 1 September 2022, setelah semua keperluan kelulusan agensi-agensi teknikal berkaitan diperolehi dan kerja-kerja mitigasi selesai dijalankan. Pematuhan terhadap SOP Perlombongan NR-REE Negeri Perak yang dikuatkuasakan pada 15 April 2022 juga telah disemak dan laporan audit pematuhan telah disediakan pada Februari 2023.

Sekian, terima kasih.