Pertanyaan: Status terkini program Malaysia My Second Home (MM2H)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA , PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan status terkini program Malaysia My Second Home (MM2H) dan apakah langkah-langkah yang telah atau akan diambil untuk meningkatkan semula keberkesanan program ini yang dapat membantu menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

JAWAPAN

YB DATO SRI TIONG KING SING
MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenai penambahbaikan pada program MM2H. Namun, ia adalah tertakluk pada pertimbangan KDN dan JIM.

2. Dari segi promosi pula, pada tahun 2022, Tourism Malaysia telah mempromosikan program MM2H semasa Misi Galakan Jualan Pelancongan ke Korea dan Jepun dan diikuti dengan penganjuran seminar khas di empat (4) buah bandar utama di China iaitu Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Xiamen pada 6 hingga 16 April 2023 yang melibatkan penyertaan lapan (8) ejen MM2H. Bagi tahun 2023, usaha-usaha promosi akan dipergiat kepada pasaran Korea dan Jepun.

3. Berdasarkan data JIM sehingga April 2023, status terkini pemegang pas aktif program MM2H adalah seramai 26,328 prinsipal manakala tanggungan berjumlah 27,112 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 53,440 orang.

Sekian, terima kasih.