Pertanyaan: Status Skim mySalam untuk M40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KE-14

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
TARIKH : 19 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) mengapakah program mySalam sebelum ini dibuka pendaftaran untuk golongan M40 walaupun ada isu perundangan yang timbul; dan
(b) apakah status penyelesaian isu perundangan tersebut dan apakah langkah-langkah lain yang telah diambil untuk memperluaskan peliputan mySalam.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Peluasan program mySalam kepada kumpulan M40 telah diumumkan di dalam ucapan Belanjawan tahun 2020. Walau bagaimanapun, wabak COVID19 telah mula merebak di Malaysia pada bulan Januari dan memuncak pada bulan Mac 2020. Berikutan itu, Kerajaan telah memutuskan supaya manfaat skim mySalam dipanjangkan kepada kumpulan B40 yang telah dijangkiti COVID19 dan mereka yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI) melalui inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN). Usaha untuk meningkatkan kesedaran golongan B40 juga akan ditingkatkan dan akan meningkatkan bayaran kepada pesakit untuk tahun 2020 berbanding tahun 2019. Pada masa yang sama, Surat Ikatan Amanah mySalam telah disediakan dengan menetapkan bahawa manfaat dikhususkan untuk kumpulan B40.

Peningkatan ketara telah dapat dilihat daripada statistik program mySalam semasa di mana bagi tahun 2019, jumlah tuntutan yang telah diluluskan adalah sebanyak 8,034 tuntutan. Setakat 31 Oktober 2020, mySalam telah membayar tuntutan berkaitan hospitalisasi dan penyakit kritikal sebanyak 64 juta ringgit kepada 56 ribu pesakit. Di samping itu, 19 ribu individu telah menerima pampasan berjumlah 11 juta ringgit disebabkan COVID-19.

Bagi memastikan kebajikan golongan B40 terus terpelihara, Kerajaan melalui Belanjawan 2021 menambah baik program mySalam dengan perluasan perlindungan bagi merangkumi tuntutan kos peranti perubatan seperti stent dan prostesis. Sekian, terima kasih.