Pertanyaan: Status Pelan Pemulihan Pelancongan 2022

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :- (a) apakah status terkini pelaksanaan dan perbelanjaan Pelan Pemulihan Pelancongan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2022; dan

(b) apakah intipati dan rasional Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 yang dilancarkan oleh Kementerian baru-baru ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diperuntukkan RM230juta bagi melaksanakan insentif dan inisiatif seperti bantuan khas tunai, geran padanan bagi tujuan pembaikan hotel bajet dan inap desa (homestay), geran padanan sektor pelancongan dan kebudayaan, dana galakan bagi aktiviti promosi dan pelancongan domestik. Daripada jumlah tersebut, sehingga Julai 2022, sebanyak RM130.46juta telah dibelanjakan. Antara peruntukan yang telah disalurkan adalah:

(i) penyaluran Bantuan Khas Tunai sebanyak RM53.67juta kepada lebih 18 ribu pengusaha pelancongan dan kebudayaan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC bertujuan meringankan beban kewangan dan memastikan kelangsungan pengoperasian perniagaan mereka;

(ii) penawaran Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Hotel Bajet dan Inap Desa (Homestay) bertujuan membantu membaik pulih hotel bajet dan inap desa agar kemudahan yang ditawarkan sentiasa berada pada tahap yang berkualiti. Bagi inap desa, lebih 570 permohonan dengan nilai sebanyak RM3.7juta telah diluluskan manakala bagi pembaikan hotel bajet, sebanyak RM1.38juta nilai permohonan telah diluluskan yang bakal memanfaatkan lebih 60 hotel bajet;

(iii) menawarkan Geran Padanan Sektor Pelancongan dan Kebudayaan. Sehingga Jun 2022, lebih 130 permohonan yang telah diluluskan dengan nilai sebanyak lebih RM23juta bagi penganjuran program/acara/aktiviti berkaitan pelancongan, seni dan budaya;

(iv) menawarkan baucar diskaun/rebat bagi produk pelancongan dan kebudayaan. Sehingga Julai 2022, lebih RM6.2juta nilai baucar telah ditebus bagi pembelian produk kraf, seni visual, serta buku dan penerbitan dengan nilai jualan produk melebihi RM19juta. Manakala sebanyak RM4.4juta nilai baucar telah ditawarkan bagi pakej pelancongan, minat khas dan pengangkutan darat; dan

(v) membelanjakan sebanyak RM28.5juta di bawah dana galakan bagi aktiviti promosi dan pengiklanan seperti pengiklanan dan digital, domestik dan acara, pembangunan pakej, produksi serta penganjuran acara-acara menyokong pelancongan Islam.

2. MOTAC telah merangka Pelan Pemulihan Pelancongan atau Tourism Recovery Plan (TRP) 1.0 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bermula Mac 2020. Pelaksanaan TRP1.0 pada tahun 2020 dan 2021 ini tertumpu pada kelangsungan (survivability) dan pembukaan semula (reopening) industri pelancongan terutamanya dari segi bantuan dan usaha-usaha untuk membuka sempadan negara melalui pelaksanaan gelembung pelancongan.

3. Demi meneruskan momentum pemulihan, MOTAC telah menilai semula dan menambah baik TRP 1.0 dan melancarkan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 atau TRF 2.0 pada 21 Jun 2022. TRF 2.0 menggariskan rangka kerja atau inisiatif jangka pendek dan sederhana MOTAC untuk memperkukuhkan pemulihan dan mengembalikan daya saing global industri pelancongan menerusi strategistrategi yang boleh meningkatkan kemampanan dan daya tahan industri dalam menghadapi ketidaktentuan masa depan. Rangka kerja ini t elah menggariskan lima (5) tonggak strategik iaitu:

(i) Menyokong pemulihan perniagaan pelancongan dan kebudayaan;

(ii) Memulihkan keyakinan pelancong dan perjalanan antarabangsa dan intra rantau yang lancar;

(iii) Mencipta semula produk/perkhidmatan pelancongan dan k ebudayaan bagi memacu daya saing;

(iv) Menyelaraskan pelancongan dengan kemampanan dan keterangkuman; dan

(v) Memperkukuh pemulihan dengan ketahanan jangka panjang dan kesediaan menghadapi krisis.

Sekian, terima kasih.