Pertanyaan: Status pelaksanaan Special Tourism Investment Zone (STIZ)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA , PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ]

SOALAN

YB Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan status pelaksanaan Special Tourism Investment Zone (STIZ) sejak diumumkan pada tahun 2020. Nyatakan kawasan-kawasan yang telah ditentukan sebagai STIZ, jumlah projek dan nilai pelaburan yang telah diluluskan, dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan keberkesanan insentif ini.

JAWAPAN

YB DATO SRI TIONG KING SING
MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

Tuan Yang di-Pertua,

1. Menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melantik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai Ketua Penyelaras bagi Jawatankuasa Kecil Pelaburan (JKP) pada Mei 2021. JKP berperanan untuk melaksanakan strategi transformasi yang kedua iaitu Mewujudkan Zon Khas Pelaburan Pelancongan (STIZ) melalui kerjasama awam-swasta dengan mencadangkan strategi-strategi bersesuaian bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa ke zon khas tersebut dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan bernilai tinggi. Antara kriteria yang ditetapkan di bawah DPN bagi pemilihan STIZ adalah kesediaan (readiness), infrastruktur dan kemudahsampaian (accessibility).

2. Sejak Disember 2021 sehingga Jun 2022, JKP telah menjalankan sebanyak 18 sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan 1 sesi taklimat bersama pihak Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi (NCIA, ECER, IRDA, SEDIA, RECODA) dan InvestKL. Melalui sesi libat urus tersebut, sebanyak 67 STIZ telah dicadangkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Cadangan STIZ tersebut turut mengambil kira pelbagai rancangan pembangunan peringkat Kerajaan Negeri, sebagai contohnya Rancangan Struktur Negeri (RSN).

3. JKP mendapati cadangan STIZ yang dikemukakan mempunyai tema yang pelbagai seperti ekopelancongan, pelancongan pesisir pantai, pelancongan bandar, pelancongan warisan dan lain-lain. Bagi negeri Melaka, sebanyak empat (4) cadangan STIZ yang dikemukakan, yang antaranya bertemakan pelancongan warisan. Di samping itu, JKP juga telah menyediakan kerangka insentif (incentives framework) fiskal dan bukan fiskal. Cadangan-cadangan ini akan dibentangkan untuk pengesahan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Industri Pelancongan (JPIP) dan seterusnya kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan.

4. Akhir kata, MOTAC sentiasa bekerjasama denga MIDA sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara dalam mempromosi pelaburan sektor pelancongan di Malaysia, terutamanya menerusi pembangunan STIZ ini.

Sekian, terima kasih.