Pertanyaan: Status Laporan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) dan Pengiktirafan UEC

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan :

(a) status laporan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC), termasuk sama ada laporan tersebut telah dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Kementerian; dan

(b) adakah Kementerian yang baharu ini bersetuju untuk mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke IPTA.

JAWAPAN

Tuan Yang diPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menerima sebarang laporan daripada Pasukan Petugas Dasar Unified Examination Certificate (PPDUEC). Berdasarkan terma rujukan PPDUEC, tempoh untuk mengemukakan laporan kajian ke pada KPM adalah tiga hingga enam bulan bermula 29 November 2018. Tempoh kajian telah dilanjutkan sebanyak enam kali sehingga ia tamat pada 29 Februari 2020. Walau bagaimanapun, PPDUEC masih belum menyerahkan laporan kajian berkenaan. Memandangkan tempoh ka jian tidak dilanjutkan dan telah tamat, maka keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh yang sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, KPM kekal tidak mengiktiraf UEC berlandaskan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [ Akta 550 ] dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.