Pertanyaan: Status kajian Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status kajian Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) termasuk isu-isu berbangkit dan mekanisme pelaksanaan yang sedang dipertimbangkan; dan apakah garis masa terkini pelaksanaan SKDS sebagai sebagai salah satu proses peralihan kepada sistem subsidi bersasar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Cadangan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar akan menumpukan usaha untuk memperkasa Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) sedia ada. Untuk makluman, SKDS sedia ada digunakan untuk memberi subsidi kepada pengangkutan awam dan Kerajaan berhasrat memperluaskan sistem tersebut dengan mensasarkan kenderaan pengangkutan barang yang wajar untuk dipertimbangkan untuk dikekalkan menerima harga subsidi pada kadar semasa.

Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar akan dilaksanakan secara berfasa dan fasa pertama dijangka akan memanfaatkan sembilan jenis kenderaan sektor barangan antaranya lori kargo am, lori minuman botol, lori refrigerated, lori kuton / kotak, penggerak utama, lori tangki tepung, lori tangki air, panel van dan window van. Kriteria kenderaan ini juga akan disemak juga bergantung kepada jenis perniagaan yang didaftarkan kelak.

Justeru, garis masa pelaksanaan hendaklah bersesuaian bergantung kepada kebolehlaksanaan kerana Kerajaan tidak mahu melaksanakan sesuatu yang akan membebankan rakyat kelak. Justeru penting untuk Kerajaan mengenalpasti kaedah terbaik, mengurangkan impak kepada kos sara hidup malah memastikan rakyat benar-benar mudah untuk menerima mekanisme yang akan diperkenalkan.

Sekiranya subsidi diesel secara bersasar dilaksanakan, Kerajaan akan terus mengekalkan pemberian subsidi bagi sektor pengangkutan awam, kenderaan pengangkutan barang dan juga nelayan. Sehubungan itu, pengangkutan kenderaan seperti bas sekolah, bas ekspres, bas henti-henti, kereta sewa dan teksi tidak akan terjejas. Sebaliknya, subsidi bersasar ini akan dapat mengekang pengguna diesel komersial seperti sektor industri yang sebelum ini mengambil kesempatan di atas harga siling diesel di stesen minyak yang lebih murah.

Namun Kerajaan juga sedar akan kepentingan langkah penguatkuasaan dalam membendung ketirisan subsidi barangan kepenggunaan, walaupun semasa mekanisme subsidi secara bersasar dilaksanakan kelak. Justeru, Kerajaan akan terus meningkatkan dan menambah baik penguatkuasaan ke atas barangan kawalan secara bersepadu bersama semua agensi yang berkaitan terutamanya dalam membanteras aktiviti penyeludupan keluar produk petroleum.

Sekian, terima kasih.