Pertanyaan: Status dan maklumat terkini sistem subsidi bersasar

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:

(a) status dan maklumat terkini pelaksanaan sistem subsidi bersasar, termasuklah garis masa ; dan

(b) apakah kesan positif dan negatif yang dijangka apabila sistem subsidi yang sedia ada digantikan dengan sistem subsidi bersasar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan. Langkah pertama yang diambil adalah melalui pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar pada separuh tahun 2023 apabila sebahagian Pelepasan Kos – Kos Tidak Seimbang atau lebih dikenali sebagai Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dilepaskan pengguna-pengguna bervoltan sederhana dan tinggi daripada kalangan industri termasuk perbadanan multinasional.

Melalui mekanisme ini pengguna-pengguna bervoltan sederhana dan tinggi daripada kalangan industri termasuk perbadanan multinasional akan dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kWj dan hanya memberi kesan kepada 1% dari keseluruhan pengguna elektrik.

Pelaksanaan pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar ini memberi penjimatan sebanyak 4.1 bilion ringgit kepada Kerajaan dengan kos keseuruhan sebanyak 10.8 bilion ringgit berbanding jumlah asal sebanyak 14.9 bilion ringgit.

Kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan pemberian subsidi diesel secara bersasar berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan. Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan serta mengekalkan fokus Kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas.

Pelaksanaan pemberian subsidi diesel secara bersasar yang sedang dipertimbangkan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada, namun, Kerajaan tetap menitik berat aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.

Sekian, terima kasih.