PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik permohonan dan penerima bantuan kebajikan mengikut pecahan jenis skim bantuan (seperti bantuan kanak-kanak, warga emas, OKU, dan sebagainya) untuk negeri Melaka bagi tahun 2020 dan 2021.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan rekod statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah permohonan bantuan JKM di negeri Melaka bagi tahun 2020 adalah sebanyak 6,292 permohonan. Manakala permohonan bantuan JKM bagi tahun 2021 adalah sebanyak 4,575 permohonan.
Seterusnya bagi penerima bantuan mengikut skim, bagi tahun 2020 terdapat seramai 24,913 penerima dengan peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM90.2 juta. Manakala bagi tahun 2021 sehingga bulan Oktober, jumlah penerima bantuan adalah seramai 24,983 penerima dengan peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM107.3 juta.
Statistik penerima bantuan mengikut skim-skim bantuan bagi tahun 2020 dan 2021 bagi negeri Melaka adalah seperti jadual berikut:

Sekian, terima kasih.

