Pertanyaan: Statistik berkenaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan Skim kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2020

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) statistik berkenaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) termasuklah jumlah pekerja yang dilindungi oleh skim ini, jumlah tuntutan yang dibuat untuk tahun 2018-2020; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk membuka skim ini kepada mereka yang bekerja sendiri melalui caruman persendirian.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sehingga 20 November 2020, seramai 7.5 juta orang pekerja telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Pada tahun 2018,
sebanyak RM17.2 juta faedah di bawah SIP telah dibayar kepada pekerja yang telah kehilangan pekerjaan berbanding RM107.6 juta pada tahun 2019. Sehingga 20 November 2020, sebanyak RM297.16 juta telah dibayar kepada pekerja yang telah kehilangan pekerjaan.

2. Kerajaan sentiasa berusaha memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada semua lapisan pekerjaan sama ada di sektor
formal mahupun sektor tidak formal. Kebanyakan negara melaksanakan SIP secara konservatif bagi pekerjaan yang bergaji tetap dalam sektor swasta. Walau bagaimanapun, terdapat negara-negara yang telah meluaskan liputan kepada individu yang bekerja sendiri termasuk
kategori pekerjaan tertentu secara sukarela (voluntary basis with certain conditions) seperti di negara Denmark dan Jerman.

3. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO C.168 dan C.102 tidak meliputi Orang Bekerja Sendiri (OBS) disebabkan kesukaran untuk menjalankan pengurusan serta pemeriksaan terhadap keadaan pekerjaan mereka.

4. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO telah memperkenalkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 13 Jun 2017 yang memberikan perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri. Berhubung dengan itu, implikasi perluasan liputan dan pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih mendalam dari segi kebolehlaksanaan skim tersebut terhadap komponen-komponen SIP secara menyeluruh sebelum skim ini dapat diperluaskan kepada OBS.

Sekian, terima kasih.