Pertanyaan: Situasi semasa sektor pelancongan dan pelan pemulihan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan situasi semasa sektor pelancongan Malaysia dan apakah strategi-strategi utama dan hala tuju Kementerian untuk terus memulihkan sektor pelancongan pada tahun 2023.

JAWAPAN

YB DATO SRI TIONG KING SING
MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pembukaan semula sempadan negara pada 1 April 2022 serta pembukaan sektor ekonomi sepenuhnya dalam tempoh peralihan ke fasa endemik telah menyumbang kepada pemulihan industri pelancongan negara. Bagi tempoh Januari hingga Disember 2022, negara telah berjaya menarik kedatangan seramai 10.07 juta pelancong asing serta menjana RM29.7 bilion pendapatan pelancongan.

2. Di samping itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah hasil sektor Perkhidmatan pada suku keempat tahun 2022 juga bertambah baik berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu pertumbuhan sebanyak 14.9% kepada RM528.8 bilion. Kenaikan ini disumbang oleh industri berkaitan pelancongan antaranya industri perdagangan borong dan runcit, makanan, minuman dan penginapan yang meningkat sebanyak 15%.

3. Demi meneruskan momentum pemulihan dan membangunkan industri ini agar lebih kukuh dan berdaya saing, Kementerian bersamasama penggiat industri menerusi Tourism Productivity Nexus (TPN) telah menambahbaik pelan pemulihan sedia ada, seterusnya merangka dan melaksanakan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 atau TRF 2.0. Sebanyak lima (5) tonggak strategi telah dikenalpasti iaitu:

Tonggak 1: Menyokong Pemulihan Perniagaan Pelancongan dan Kebudayaan;

Tonggak 2: Memulihkan Keyakinan Pelancong dan Perjalanan Antarabangsa dan Intra-Rantau yang Lancar;

Tonggak 3: Mencipta Semula Produk/Perkhidmatan Pelancongan dan Kebudayaan Bagi Memacu Daya Saing;

Tonggak 4: Menyelaraskan Pelancongan Dengan Kemampanan dan Keterangkuman; dan

Tonggak 5: Memperkukuh Pemulihan Dengan Ketahanan Jangka Panjang dan Kesediaan Menghadapi Krisis.

4. TRF 2.0 ini merupakan strategi utama kementerian untuk tempoh jangka pendek dan sederhana iaitu 2022 hingga 2025 yang menyokong Dasar Pelancongan Negara 2020 – 2030 bagi mencapai masa depan pelancongan yang seimbang iaitu bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi malah memberikan manfaat sosio-ekonomi kepada semua tanpa meninggalkan sesiapa pun. Pada masa yang sama pelancongan juga berperanan melindungi, memelihara dan memulihara alam semulajadi, budaya dan warisan negara demi kepentingan generasi kini dan akan datang.

Sekian, terima kasih.