Pertanyaan: Persetujuan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara terhadap Rancangan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada rancangan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ) oleh Kerajaan Negeri Melaka telah menerima persetujuan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara, dan apakah isu-isu yang telah dibangkitkan dapat persetujuan pertimbangan tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rancangan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (Melaka Waterfront Economic Zone/M-WEZ) oleh Kerajaan Negeri Melaka telah diangkat ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-37 (Bil.2/2021) pada 6 Mei 2021 untuk mendapat nasihat di bawah perenggan 2A(2)(b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dalam bentuk cadangan konsep. Walau bagaimanapun, mesyuarat telah memutuskan untuk menangguhkan cadangan tersebut.

Seterusnya, cadangan tersebut telah dibangkitkan semula semasa pembentangan Perkara-Perkara Berbangkit di MPFN Ke-38 (Bil.3/2021) yang bersidang pada 5 Julai 2021. Mesyuarat memutuskan untuk bersetuju secara dasar ke atas cadangan pembangunan ini dengan syarat-syarat seperti berikut:

i. Kesan kepada Nelayan dan Cadangan Mitigasi

Menyediakan satu kajian khas yang menfokuskan kepada pelan mitigasi merangkumi tindakan dan program yang boleh dijalankan untuk membantu para nelayan yang terjejas;

ii. Kesan Terhadap Aliran Sungai-Sungai

  • Kaedah bagi mengelakkan kesan terhadap sungai-sungai utama akan dimasukkan di dalam penyediaan Laporan Blueprint M-WEZ; dan
  • Menyediakan laporan impak (EIA, FIA, TIA, HIA dan SIA);

iii. Pemuliharaan Ekosistem Akuakultur Pulau Besar

Kawasan Pulau Besar tidak termasuk di dalam kawasan MWEZ dan sempadan M-WEZ ke Pulau Besar adalah sejauh empat (4) kilometer dari jeti Anjung Batu. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri perlu melaksanakan pemuliharaan ekosistem akuakultur di kawasan tersebut;

iv. Kesan Terhadap Kawasan Pendaratan Penyu Karah

Langkah-langkah perlindungan terhadap kawasan pendaratan penyu telah dimasukkan di dalam kajian Blueprint M-WEZ;

v. Cadangan Pelabuhan Baharu Berhampiran Pelabuhan Tanjung Bruas

M-WEZ berperanan menyelaras pembangunan di kawasan Tanjung Bruas. Bagi cadangan pelabuhan baharu di hadapan Pelabuhan Tanjung Bruas, pelan konsep telah dipinda dan bukaan Pelabuhan Tanjung Bruas adalah selebar 1.28 kilometer di mana ianya sesuai bagi laluan kapal dan tidak mengganggu aktiviti pelabuhan selaras dengan pandangan Kementerian Pengangkutan;

vi. Status Sebagai Projek Berstatus Nasional

Penarafan projek ini sebagai projek nasional merupakan salah satu strategi Kerajaan Negeri untuk mendapatkan insentif. Cadangan pembangunan ini disyorkan untuk dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi untuk pertimbangan berkaitan pewujudan zon ekonomi dan pengiktirafan projek berstatus nasional, dan seterusnya diangkat ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan persetujuan berkaitan penglibatan Kerajaan Persekutuan dari segi insentif dan kewangan;

vii. Keperluan Penyediaan Laporan Hidraulik

Kerajaan Negeri sedia maklum berkenaan keperluan penyediaan kajian hidraulik yang merupakan keperluan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), terutama bagi cadangan pembangunan yang melibatkan kerja-kerja tambakan. Laporan hidraulik ini perlu dikemukakan semasa permohonan Kebenaran Merancang (KM); dan

viii. Keperluan Penyediaan Laporan Kajian-Kajian Terperinci

Kerajaan Negeri perlu menyediakan kajian-kajian terperinci dan ianya akan disyaratkan semasa pemohon mengemukakan permohonan KM.

Sekian, terima kasih.