Pertanyaan: Penilaian Kesan Alam Sekitar Projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEEMPAT

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka telah melalui penilaian kesan alam sekitar (EIA) terutamanya dari segi kesan tambakan laut yang amat meluas.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar tidak menerima sebarang laporan penilaian kesan alam sekitar (Environmental Impact Assessment – EIA) bagi cadangan projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) di atas.

Sekian, terima kasih.