PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan status dan maklumat terperinci mengenai penggunaan peruntukan Pelan Pemulihan Pelancongan berjumlah RM230 juta sepertimana yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2022.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Melalui Belanjawan 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diperuntukkan sejumlah RM230 juta dalam usaha membantu penggiat industri pelancongan, seni dan budaya secara berterusan bagi pasca COVID-19.
2. Perincian agihan bantuan ini adalah seperti berikut:
(i) Bantuan khas tunai kepada Pemandu Pelancong, Syarikat Pelancongan (TOBTAB), Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H), Pengusaha Homestay, Syarikat SPA dan Pusat Urutan Kaki, Usahawan Kraf dan Komuniti Orang Asli Mah Meri dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM85juta;
(ii) Geran Pembaikan Homestay dan Geran Padanan Pembaikan Hotel Bajet sebanyak RM30juta;
(iii) Geran Padanan berkaitan Pelancongan, Seni dan Budaya sebanyak RM50juta; dan
(iv) Dana Galakan Aktiviti Promosi & Pelancongan Domestik sebanyak RM65juta yang meliputi:
(a) Pemberian Baucar Diskaun/Rebat;
(b) Dana Galakan Aktiviti Promosi dan Pengiklanan;
(c) Dana Sokongan Promosi & Publisiti Penggiat Pelancongan;
(d) Dana Sokongan Penganjuran Acara Menyokong Pengembangan Pelancongan Islam sebanyak; dan
(e) 3R Business Events (Reset, Restart, Responsible).
Sekian, terima kasih.

