Pertanyaan: Pengajian semula harga yang dipaparkan dalam Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula harga yang dipaparkan dalam Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya yang digunapakai oleh jabatan/agensi awam di mana kebanyakan harganya lebih tinggi daripada harga pasaran agar penjimatan dapat tercapai.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman, Jadual Kadar Kerja (JKK) Kejuruteraan Awam dan Bangunan adalah merupakan data maklumat kos yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada projek berskala kecil seperti kerja-kerja undi. Asas penyediaan dan perkiraan kadar harga terbina (build-up rate) mengambilkira data-data semasa harga daripada pelbagai sumber rujukan antaranya Siaran Khas terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, harga runcit daripada syarikat pembekal, Construction Industry Development Board (CIDB) & Malaysian Timber Industry Board (MTIB).

Data-data harga tersebut dianalisis terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam JKK tersebut. Manakala bagi item-item yang kadar harganya tidak diperolehi daripada syarikat pembekal, kadar harga tersebut telah dikemaskini mengikut data indeks kos bahan dan perubahan harga unit di dalam Siaran Khas.

Selain itu, Tender Price Index (TPI) juga dijadikan penunjuk aras bagi mengenalpasti perubahan harga bahan sama ada disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan, buruh dan jentera ataupun harga berada dalam julat harga munasabah.

Proses penyediaan Jadual Kadar Kerja (JKK) Kejuruteraan Awam Dan Bangunan Tahun terkini iaitu versi 2023 telah dimulakan pada Januari 2022 mengambilkira situasi semasa industri pembinaan pada ketika itu. JKK ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan (MoF) pada 14 Februari 2023 dan telah berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2024.

Bagi tujuan pengemaskinian JKK, proses seterusnya akan bermula pada Januari 2024 dan JKK dijangka akan dikuatkuasakan pada Januari 2025.

Sekian, terima kasih.