PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan hasil rundingan awam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai cadangan pelarasan kadar perkhidmatan bekalan air di Melaka yang telah berlangsung dari 4 – 17 Jun 2021, termasuklah jumlah maklum balas yang diterima dan adakah Kerajaan berhasrat menaikkan tarif air untuk Melaka.
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
1. Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism – TSM) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telahdibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sebagai strategi memulihkan kemapanan jangka masa panjang industri perkhidmatan bekalan air. Pelaksanaan TSM yang melibatkan pelarasan
kadar tarif akan membolehkan masalah kadar tarif air yang lebih rendah daripada kos diatasi sekaligus, membina keupayaan untuk operator menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna.
2. Konsultasi awam dengan pengguna di negeri Melaka telah dilaksanakan pada 4 – 17 Jun 2021 secara atas talian melibatkan 910 orang responden. Konsultasi ini bertujuan memastikan tadbir urus terbaik (good governance) diamalkan dalam pelaksanaan polisi awam selaras dengan kehendak Seksyen 178 Akta Industri Perkhidmatan Air.
3. Secara umumnya pengguna memahami keperluan kepentingan pelaksanaan TSM bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Namun begitu, responden berpandangan pelaksanaan dalam masa terdekat kurang sesuai berdasarkan faktor peningkatan kos sara hidup, masa pelaksanaan yang tidak sesuai
berdasarkan keadaan ekonomi dan situasi semasa negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 serta kualiti perkhidmatan yang tidak setimpal.
4. Ingin dijelaskan bahawa Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah mengalami kerugian sejak tahun 2019. Keadaani ini telah an kualiti perkhidmatan bekalan air kerana ketidakupayaan kewangan untuk melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji rawatan sedia ada, menggantikan paip uzur dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan. Pelaksanaan pelarasan kadar tarif air di bawah TSM mampu meletakkan SAMb dalam kedudukan kewangan yang kukuh untuk terus memberikan perkhidmatan bekalan air yang terbaik kepada penduduk Melaka. Ia juga bagi mengelakkan SAMB mengalami kerugian RM3.2 juta sebulan atau RM38.4 juta setahun sekiranya TSM tidak dilaksanakan.
5. Oleh yang demikian, pelaksanaan TSM selepas Pelan Pemulihan Negara COVID-19 menunjukkan perkembangan yang positif adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun bagitu, untuk memastikan kepentingan bersama sentiasa diimbangi, KASA akan mencadangkan tarikh dan kaedah pelaksanaan TSM yang bersesuaian
termasuklah bagi negeri Melaka.
Sekian, terima kasih.

