PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
a) mengapakah masih terdapat satu kekosongan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun kekosongan tersebut telah berlarutan lebih 6 bulan; dan
b) adakah Kerajaan bersetuju bahawa Parlimen, melalui Jawatankuasa Pilihan Khas, berkuasa memantau dan mencadangkan lantikan ahli-ahli SPR kepada Kerajaan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.
JAWAPAN
YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Tuan Yang Di-Pertua,
1. Mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya adalah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Keanggotaan SPR terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain. Selaras keluhuran perkara yang sama dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan mengenai syarat-syarat pelantikan yang mana ia berkaitan dengan had umur, peletakan jawatan dan kehilangan kelayakan suatu anggota. Kerajaan akan mempertimbangkan dan mengambil tindakan yang wajarnya berkenaan kekosongan tersebut termasuk cadangan penubuhan jawatankuasa berkaitan.
Sekian, terima kasih.

