Pertanyaan: Pelaksanaan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) terhadap MWEZ

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan : –
(a) adakah Kerajaan Negeri Melaka telah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada mesyuarat bertarikh 5 Julai 2021 (Bil. 3/2021) terhadap Rancangan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ) ; dan
(b) adakah MWEZ dibenarkan untuk diteruskan jika syarat-syarat tersebut belum dipenuhi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jawapan (a)

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) telah membentangkan Cadangan Konsep Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (Melaka Waterfront Economic Zone – MWEZ) seluas 7,081.99 hektar sebagai Projek Berstatus Nasional, yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-37 pada 6 Mei 2021. MPFN telah memutuskan supaya permohonan ini ditangguhkan sehingga beberapa perkara dikaji semula. Permohonan tersebut berbentuk konsep dan tiada perincian susun atur sepertimana di bawah perenggan 2A(2)(b), Akta 172, serta ia juga belum mempunyai Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) mahupun Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA).

Walau bagaimanapun, melalui sesi maklum balas minit semasa Mesyuarat MPFN Ke-38 pada 5 Julai 2021, MPFN telah bersetuju secara dasar terhadap cadangan pemajuan tersebut dengan 5 ulasan dan 8 nasihat sepertimana yang telah dibentangkan pada 6 Mei 2021. Antara nasihat yang diberikan adalah:

i. merujuk kepada Majlis Tindakan Ekonomi dan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan pengiktirafan projek/zon berstatus nasional;
ii. merancang dan mereka bentuk pemajuan berkonsepkan modern waterfront dan bandar pintar berteknologi hijau tanpa menjejaskan elemen warisan dunia, berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana, serta mewujudkan Local Urban Observatory Centre;
iii. memastikan pemajuan memberi manfaat kepada pengusaha dan penduduk tempatan;
iv. memulihara aset semula jadi zon persisiran pantai dengan mengambil kira carrying capacity dan Indeks Kerapuhan Persisiran Pantai serta melaksanakan langkah-langkah perlindungan terhadap ekosistem marin berkaitan; dan
v. mengambil kira aspek-aspek keselamatan khususnya kawalan aliran trafik kapal.

Persetujuan dasar ini mengambil kira sebanyak 1,182.41 hektar (26%) telahpun ditambak dan diberikan kelulusan konsesi (52 syarikat) manakala sebahagian besar telah diluluskan konsesi tetapi belum ditambak. Selain itu, pertimbangan juga diberikan atas dasar:

i. MWEZ merupakan salah satu daripada 8 flagship di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ);
ii. cadangan MWEZ telah dizonkan sebagai kawasan pembangunan tambak laut di dalam Pelan Strategik Pembangunan Spatial Melaka 2035, Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035;
iii. pewujudan Enakmen Penubuhan Perbadanan MWEZ 2021; dan
iv. penubuhan Majlis Pembangunan MWEZ yang akan memantau keseluruhan aktiviti pembangunan di MWEZ.

Jawapan (b)

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan nasihat MPFN ini akan dipatuhi oleh Kerajaan Negeri Melaka di pelbagai peringkat pelaksanaan. Sebagai contoh, laporan EIA dan laporan SIA akan disediakan oleh project proponent di peringkat permohonan tambak laut, dan di peringkat topside development bagi projek masing-masing tertakluk kepada keperluan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLANMalaysia. Persetujuan dasar bermaksud cadangan MWEZ dibenarkan diteruskan, namun ianya masih tertakluk kepada pelbagai kelulusan statutori di peringkat pelaksanaan dan keperluan serta arahan teknikal yang berkaitan, seperti kelulusan membangunkan pelabuhan daripada Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Pelabuhan, kelulusan EIA daripada JAS, Marine Risk Assessment daripada Jabatan Laut dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.