Pertanyaan: Jumlah peminjam dan yang berjaya memohon moratorium bersasar

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

NO. SOALAN : 48

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

TARIKH: 16 NOVEMBER 2020 (SELASA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) berapa jumlah peminjam bank di Malaysia (individu dan bukan individu), termasuk berapakah daripada jumlah itu yang telah memohon atau dihubungi bank untuk lanjutan moratorium bersasar; dan

(b) apakah sebab-sebab utama permohonan pelanjutan moratorium ditolak oleh bank.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

1.   Kerajaan telah memberikan moratorium ke atas pinjaman bank selama 6 bulan sebagai sebahagian langkah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (atau PRIHATIN) untuk membantu meringankan beban rakyat dan perniagaan. Bantuan akan terus diberikan tetapi lebih tersasar bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukannya akan dibantu meskipun selepas moratorium secara keseluruhan berakhir.

2.   Setakat 16 Oktober 2020, sekitar 650,000 permohonan untuk bantuan bayaran balik pinjaman telah diterima dengan kadar kelulusan sebanyak 98%. Daripada permohonan yang diluluskan:

a) sejumlah 40% telah memohon pelanjutan moratorium. Mereka terdiri terutamanya daripada individu yang baru sahaja kehilangan pekerjaan serta perniagaan dalam sektor yang mungkin masih mengalami kekangan operasi yang ketara akibat pandemik; dan

b) sejumlah 60% telah memilih pengurangan bayaran ansuran bulanan. Mereka terdiri terutamanya daripada peminjam yang pendapatannya telah berkurang.

3.   Manakala kes permohonan yang tidak diluluskan adalah kecil sebanyak 2% dan sebab utama permohonan ditolak oleh bank ialah:

a) Peminjam individu masih mempunyai pekerjaan dengan pendapatan pada tahap pertengahan hingga tinggi yang stabil, serta dengan isi rumah termasuk pasangan masing-masing tidak mengalami pengurangan pendapatan; dan

b) Peminjam PKS yang memang menghadapi kesukaran kewangan walaupun sebelum penularan wabak COVID-19. Bagi peminjam seperti ini, pelanjutan moratorium bukan satu penyelesaian yang mampan dan bank telah merujuk mereka kepada AKPK untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah hutang mereka. AKPK telah menubuhkan “Meja Bantuan Perusahaan Mikro” bagi memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu perusahaan mikro dalam permohonan mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman. Terdapat juga sebilangan kes PKS yang sedang melalui prosiding muflis atau pembubaran, atau telah didaftarkan di bawah Program Pengurusan Hutang anjuran AKPK. Bagi peminjam yang berdaftar di bawah Program Pengurusan Hutang oleh AKPK, mereka boleh berhubung dengan AKPK untuk memohon semakan semula bayaran balik pinjaman yang mencerminkan keadaan kewangan semasa mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Bagi memastikan bantuan dapat diberikan dengan segera kepada mereka yang memerlukannya, proses permohonan telah dipermudahkan dan diringkaskan. Dalam kebanyakan keadaan, bank hanya menghendaki peminjam mengemukakan penyata bank terkini atau mengisytiharkan bahawa pendapatan mereka telah terjejas akibat sekatan pergerakan. Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional M40 yang memohon pengurangan ansuran mereka, bank juga telah bersetuju untuk menerima perisytiharan kendiri pengurangan pendapatan yang dialami akibat pandemik.

5. Dengan bank terus meluluskan hampir kesemua permohonan bantuan bayaran balik pinjaman, Kerajaan ingin menekankan bahawa bantuan bayaran balik pinjaman terus disediakan kepada mereka yang terjejas. Mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing.

Sekian, terima kasih.