PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan untuk membendung kes penyalahgunaan kad pengenalan orang lain untuk mengundi semasa pilihan raya umum / pilihan raya negeri dan bilangan kes yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa semasa PRN baru-baru ini.
JAWAPAN
YB DATO’ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Tuan Yang di-Pertua,
- Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR tidak menerima sebarang laporan rasmi melainkan yang ditularkan di laman sosial media berhubung penyalahgunaan kad pengenalan orang lain untuk mengundi dalam pelaksanaan PRU DUN Ke-15 yang lepas.
- Namun demikian, SPR berpandangan sekiranya berlakunya kes penyalahgunaan kad pengenalan untuk mengundi bagi sesuatu pilihan raya, pengundi tersebut disarankan untuk membuat laporan polis agar siasatan boleh dibuat oleh pihak PDRM di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.

