Pertanyaan: Status siasatan ketidakpatuhan kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

NO. SOALAN : 31

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

TARIKH: 17 NOVEMBER 2020 (SELASA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta PERDANA MENTERI menyatakan status siasatan kes ketidakpatuhan kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas pulang dari luar negara dan adakah beliau akan didakwa di mahkamah seperti yang telah terjadi kepada orang awam lain.

JAWAPAN
YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Peguam Negara telah membuat kenyataan media bertarikh 21 Oktober 2020, menjelaskan mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan kes YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Dimana siasatan mengenai aduan yang dibuat terhadap YB Menteri di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] telah selesai dijalankan oleh pihak PDRM dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 1 Oktober 2020.

Seterusnya hasil penelitian Jabatan Peguam Negara dari sudut keterangan mendapati bahawa YB Menteri tidak pernah diserahkan dengan Borang 14b seperti yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengandungi perintah pemerhatian atau pengawasan di bawah subseksyen 15(1) Akta 342 supaya YB Menteri menjalani kuarantin.

Berdasarkan keterangan tersebut, Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap YB Menteri memandangkan tiada keterangan yang kukuh untuk mengasaskan suatu pertuduhan di bawah Akta 342 atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya. Keputusan Peguam Negara adalah selaras dengan Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa keputusan untuk memulakan, menjalankan, atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan merupakan budi bicara Pendakwa Raya.

Sekian, terima kasih.