Pertanyaan: Kebenaran untuk Pelajar Malaysia Kembali ke Negara China untuk Menyambung Semula Pengajian

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan perkembangan terkini perbincangan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China mengenai kebenaran untuk pelajar Malaysia kembali ke negara China untuk menyambung semula pengajian mereka.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka atas pertanyaan berhubung perkembangan terkini perbincangan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Rakyat China (RRC) mengenai kebenaran untuk pelajar Malaysia kembali ke negara RRC untuk menyambung semula pengajian mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Kementerian Luar Negeri terus prihatin dengan situasi di mana para pelajar Malaysia masih belum dapat pulang untuk meneruskan pembelajaran di universiti-universiti mereka di RRC.

3. Berdasarkan rekod, terdapat 6,416 orang pelajar Malaysia yang telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing. Kementerian ini telah mendapat maklumat bahawa dari jumlah tersebut seramai 2,300 orang pelajar telah menyatakan keperluan mereka untuk meneruskan pelajaran dengan kadar segera. Mereka ini terdiri daripada para pelajar di tahun akhir pengajian dan para pelajar yang perlu mengikuti latihan amali.

4. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Kerajaan RRC masih menutup sempadan negara tersebut sejak 26 Mac 2020 untuk penggembara asing termasuk para pelajar antarabangsa. Langkah ini dibuat menepati dasar “Zero Tolerance Approach” yang diamalkan oleh Kerajaan RRC bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 di negara tersebut. Sehubungan dengan ini, semua pelajar antarabangsa yang telah pulang ke negara masing-masing disaran supaya menangguhkan sesi pembelajaran atau meneruskannya secara atas talian.

5. Saya (YB Menteri Luar Negeri), telah membangkitkan situasi yang sedang dihadapi oleh para pelajar Malaysia dengan TYT Wang Yi, Penasihat Negara dan Menteri Luar Negeri RRC, semasa Lawatan Rasmi saya (beliau) ke RRC pada 3 dan 4 Disember 2021. TYT Wang Yi telah memaklumkan bahawa pihak berkuasa RRC sedang merangka satu projek rintis bagi membolehkan para pelajar antarabangsa kembali semula ke RRC secara berperingkat. TYT Wang Yi juga memaklumkan bahawa Malaysia dimasukkan dalam senarai keutamaan untuk pelaksanaan projek rintis ini.

6. Setakat ini, Kementerian masih belum mendapat kepastian tentang permulaan bagi pelaksanaan projek rintis ini. Kementerian ini bersama-sama Kedutaan Besar Malaysia di Beijing akan terus berhubung dengan pihak berkuasa RRC bagi mendapatkan maklumat terkini tentang projek rintis tersebut dan akan memastikan supaya Malaysia dan para pelajar kita diberi keutamaan sebagaimana yang dimaklumkan oleh TYT Wang Yi.

Sekian, terima kasih.