PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) jumlah perbelanjaan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum ke-15; dan
(b) mengapakah buku laporan bagi PRU14 (2018), dan PRN Sabah (2020), Melaka (2021), Sarawak (2021), dan Johor (2022) masih belum diterbitkan oleh SPR sepertimana untuk pilihan raya-pilihan raya sebelum ini.
JAWAPAN
YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Tuan Yang di-Pertua,
1. Anggaran kos bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU Ke-15) adalah sebanyak RM1billion. Walau bagaimanapun, sehingga Januari 2023, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membelanjakan sebanyak RM725juta bagi tujuan PRU Ke-15.
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku laporan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia pada bulan September 2022. Manakala SPR sedang dalam proses untuk menyiapkan buku laporan bagi PRU DUN Sabah Ke-16, PRU DUN Melaka Ke-15, PRU DUN Sarawak Ke-12 dan PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 sebelum diterbitkan kepada umum.
Sekian, terima kasih.

