Pertanyaan: Jumlah Keluarga yang Berpendapatan Kurang Daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Negeri Melaka

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keluarga yang berpendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di negeri Melaka mengikut pecahan kawasan parlimen.

JAWAPAN

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, statistik berkaitan dengan pendapatan isi rumah diperoleh melalui Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS&BA). Survei ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak dua kali bagi setiap lima tahun. Survei yang terkini telah dibuat pada tahun 2019 dan hasil survei ini telah diterbitkan pada 10 Julai 2020. HIS&BA merupakan survei secara pensampelan berkebarangkalian dan maklumat yang tersedia adalah di peringkat negeri, strata (bandar dan luar bandar) dan daerah pentadbiran
sahaja.

2. Penetapan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin mutlak, jika pendapatan keseluruhan isi rumahnya berada di bawah paras nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Pada tahun 2019, nilai PGK Malaysia telah disemak semula berdasarkan keperluan dan keadaan semasa. Semakan ini menekankan kepada pengambilan makanan yang optimum dan sihat serta keperluan asas bukan makanan yang berkualiti.

3. Berdasarkan metodologi PGK 2019, nilai purata PGK di Melaka ialah RM2,375 sebulan dengan purata saiz isi rumah seramai 3.9 orang. Berdasarkan dapatan HIS&BA 2019, insiden kemiskinan mutlak di Melaka adalah 3.9 peratus iaitu seramai 8.9 ribu isi rumah pada tahun 2019. Dalam tempoh yang sama, insiden kemiskinan mutlak mengikut daerah pentadbiran di Melaka adalah seperti berikut:

• Melaka Tengah mencatatkan insiden kemiskinan mutlak yang tertinggi iaitu 4.2 peratus iaitu seramai 5.8 ribu isi rumah;
• Alor Gajah sebanyak 3.8 peratus (1.9 ribu isi rumah); dan
• Jasin sebanyak 3.0 peratus (1.1 ribu isi rumah).

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DOSM telah melaksanakansatu kajian bagi menilai kesan pandemik ini ke atas pendapatan isi rumah dan kemiskinan bagi tahun 2020.

5. Berdasarkan kajian tersebut, dianggarkan bilangan isi rumah miskin di Melaka meningkat kepada 15.0 ribu isi rumah pada tahun 2020 berbanding 8.9 ribu isi rumah pada tahun 2019. Insiden kemiskinan mutlak telah meningkat daripada 3.9 peratus pada tahun kepada 6.1 peratus pada tahun 2020. Namun, kajian tersebut hanya dilaksanakan di peringkat nasional dan negeri sahaja. Oleh itu, statistik mengikut daerah pentadbiran tidak disediakan.

6. DOSM akan menjalankan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS/BA) pada tahun 2022. Analisis dari survei ini dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan tidak terhad kepada peringkat nasional dan negeri sahaja bahkan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran.

Sekian, terima kasih.