PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan isu-isu berkenaan dengan 1MDB yang masih belum diselesaikan dan sedang diteliti oleh Task Force 1MDB yang telah ditubuhkan baru-baru ini, termasuklah perkembangan terkini rundingan Kerajaan Malaysia dengan Goldman Sachs dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
JAWAPAN
YB DATO’ SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Tuan Yang di-Pertua,
1. Mandat utama Pasukan Petugas Khas 1MDB (PPK) adalah menjejaki dana dan aset 1MDB yang telah diselewengkan bagi tujuan pemulihan aset tersebut kepada Kerajaan Malaysia. Bagi melaksanakan mandat tersebut, pihak PPK telah dan sedang bekerjasama beberapa agensi-agensi penguat kuasa luar negara bagi menjejaki dan mengenalpasti beberapa aset 1MDB yang berada di beberapa negara yang kini dalam tindakan perundangan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
Sekian, terima kasih.

