Pertanyaan: Dana pembangunan modal insan bernilai RM20 juta bagi industri maritim

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

TARIKH : 14 MAC 2024 (KHAMIS)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana dana pembangunan modal insan bernilai RM20 juta bagi industri maritim yang disediakan dalam Bajet 2024 akan dibelanjakan dan adakah usaha untuk menaik taraf pensijilan maritim ini supaya ianya diiktiraf sebagai latihan kemahiran TVET oleh KSM.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Kepentingan TVET dalam melahirkan tenaga mahir tempatan terbukti apabila Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperuntukkan satu peruntukan yang besar untuk pelaksanaan program TVET. Rentetan itu, bagi membantu dari segi pembiayaan Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta di mana RM180 juta adalah daripada Belanjawan Madani 2024 serta RM60 juta daripada dana pusingan PTPK. Peruntukan ini akan memanfaatkan kepada 16,000 orang pelatih untuk mengikuti latihan kemahiran.
  2. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, pengagihan peruntukan adalah berdasarkan kepada konsep kuota terbuka dan first come first serve basis dengan mengambilkira kapasiti yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi setiap program yang diluluskan oleh PTPK.
  3. Daripada peruntukan RM180 juta di bawah Belanjawan Madani 2024, RM20 juta dikhaskan untuk pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi sektor aeroangkasa.
  4. Sehingga 31 Januari 2024, sebanyak tiga (3) penyedia latihan yang berdaftar dan aktif yang menjalankan empat (4) program latihan kemahiran dalam bidang maritime di negeri Terengganu, Melaka dan Selangor.
  5. Dalam usaha untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dalam sektor maritim, PTPK telah mengadakan kolaborasi penyelarasan pembiayaan program latihan kemahiran dengan JPK dan Jabatan Laut Malaysia agar pekerja-pekerja sedia ada dapat meningkatkan kemahiran (upskilling) dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta mengikuti kursus wajib ke tahap tinggi khas/kepakaran di sektor maritim.
  6. Dalam hal ini, PTPK akan memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menguruskan peruntukan secara cekap bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan kumpulan sasar khususnya yang dinyatakan di dalam pembentangan Bajet MADANI 2024 ini terjaga dan tiada pelajar yang akan tercicir atau terlepas peluang melanjutkan pengajian dalam program TVET.

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah menerusi lima (5) tahap pensijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 dan industri maritim boleh dipersijilkan melalui pensijilan ini dengan beberapa kaedah :
  2. melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu;
  3. kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran. Ini membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan industri maritim; dan
  • pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) di mana persijilan diberikan melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Ini memberi peluang kepada pekerja dalam industri maritim untuk memperoleh persijilan berdasarkan pengalaman mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

  1. KESUMA melalui Institut Latiahan Jabatan Tenaga Manusia

(ILJTM) akan melaksanakan program pembangunan teknologi baharu

dalam bidang Teknologi Marin bagi sektor Pengangkutan dan Logistik.

Program ini akan dilaksanakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Kuala Terengganu. Pemilihan ini adalah berdasarkan keupayaan untuk

menyokong kegiatan sektor perikanan dan sektor minyak dan gas yang

menggunakan pengangkutan Marin sebagai medium logistik utama

mereka.

  1. ILP Kuala Terengganu akan mengintegrasikan program-program

sedia ada dengan Teknologi Marin yang bersesuaian dengan kerjasama

agensi lain seperti Jabatan Laut Malaysia (MARDEP). Program

pembangunan bakat ini akan dilaksanakan secara modular dan separuh

masa serta mengkhusus kepada kemahiran seperti Vessel Wiring

System, Function, Service and Repair Mechanical dan Shipping HVAC

System.

Sekian, terima kasih.