PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun yang lalu memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (Akta A1447) adalah tidak sah dan Akta Penyelarasan Pencen 1980 masih terpakai bagi tujuan penyelarasan pencen.
JAWAPAN
DIJAWAB OLEH YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL SABAH, SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS)
Tuan Yang di-Pertua,
Selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023 yang memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (Akta A1447) adalah tidak sah dan terbatal, Kerajaan sedang dalam tindakan meminda Akta 238 tersebut untuk mengembalikan peruntukan undang-undang sebelum Akta A1447.
Sekian, terima kasih.

