Pertanyaan: Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Pengurusan COVID-19 di bawah Pengurusan NADMA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) statistik terkini mengenai permohonan dan kelulusan Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Pengurusan COVID19 di bawah pengurusan NADMA; dan

(b) berapa peruntukan kerajaan untuk dua bantuan tersebut bagi tahun 2022, termasuk langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan kadar permohonan.

JAWAPAN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) [Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sehingga 6 Disember 2021, sebanyak 65,189 permohonan bantuan khas COVID-19 telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55,184 permohonan telah diproses dan 22,336 permohonan telah diluluskan yang melibatkan bantuan sebanyak RM28.6 juta, Yang Berhormat. Manakala bagi bantuan khas Pengurusan Kematian COVID-19 pula, daripada 24,305 permohonan yang diterima, 14,818 permohonan telah diproses dan 11,816 permohonan telah diluluskan melibatkan bantuan sebanyak RM56.8 juta.

Soalan kedua Yang Berhormat, yang telah dikemukakan adalah tiada peruntukan khusus pada 2022 daripada kerajaan bagi bantuan ini kerana ia menggunakan Tabung COVID-19 NADMA yang menerima sumbangan daripada orang ramai, entiti korporat, institusi Diraja dan anggota pentadbiran. Sehingga kini, kerajaan telah memberi sumbangan awal berjumlah RM61 juta.

Sekiranya berlaku gelombang seterusnya, kerajaan akan menambah dana bagi menampung keperluan sekiranya baki Tabung COVID-19 NADMA tidak lagi mencukupi untuk membuat bayaran. Saya juga ingin memaklumkan, sekiranya terdapat permohonan-permohonan bantuan ini dalam kawasan Yang Berhormat dan juga semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan, yang masih belum lulus, mohon supaya dapat dikemukakan terus kepada Tugas-tugas Khas, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat.

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya bertumpu kepada keberkesanan pelaksanaan ini. Kalau berdasarkan kepada jawapan yang diberi dan kita lihat kadar jangkitan, hari ini kita telah mencatat sebanyak 2.68 juta. Akan tetapi yang diluluskan hanya sekadar 22,000 sahaja iaitu tidak sampai 1 peratus.

Juga kalau kita lihat daripada kadar kematian, hanya sekadar 11,000 sahaja yang diluluskan, sedangkan kadar jumlah kematian ialah 30,000 iaitu lebih kurang hanya sekadar 36 peratus sahaja. Jadi, di sini saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, sama ada, ada masalah daripada segi publisiti atau tidak? Kenapakah begitu kurang sambutan ataupun permohonan daripada pesakit ataupun waris kematian?

Apa yang saya lihat ialah di mana prosesnya, mungkin kita perlu tinjau supaya dia lebih mudah untuk mereka memohon. Kalau kita lihat hari ini, mereka gunakan sistem PDF di mana mereka perlu download, isi, lepas itu perlu scan dan WhatsApp ataupun post, ia sukar. Caranya sukar. Bolehkah kita tukar kepada cara seperti yang kita mohon secara online seperti yang kita mohon GKP ataupun BPL. Itu lebih mudah untuk mereka.

Oleh sebab matlamatnya bagus untuk program ini. Jadi saya berharap supaya bolehkah kita teruskan program ini untuk tahun hadapan. Kita cari lagi dana. Soalan tambahan saya ialah tempoh masa yang diambil untuk membayar. Saya mendapat aduan di mana mereka ambil masa lebih kurang satu bulan untuk lulus.

Tuan Yang di-Pertua: Ringkaskan Yang Berhormat. Yang Berhormat…

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]:

Selepas itu perlu lagi satu bulan untuk dapat wang tersebut. Jadi bolehkah kita singkatkan supaya mereka boleh dapat wang tersebut dalam masa satu minggu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya boleh tanya soalan itu 25 saat sahaja. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid:

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat memahami dan saya masih ingat masa menjawab persoalan Yang Berhormat ketika saya menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja, persoalan mengenai online ini telah ditimbulkan. Kami telah mengadakan sistem online ini Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat check semula, kami telah mengikuti permintaan Yang Berhormat itu. Terima kasih.

Keduanya kenapa tidak ada publisiti? Sebenarnya ada, sangat banyak publisiti dilakukan dan saya sendiri telah engage ramai Yang Berhormat yang ada di Dewan ini supaya ia disampaikan melalui WhatsApp dan juga apa sahaja kaedah yang boleh digunakan melalui media perdana dan juga media sosial. Sekarang Yang Berhormat, kita boleh memohon. Kadang-kadang syarat itu tidak ditepati dan tidak dipenuhi.

Jadi, saya memohon kepada Yang Berhormat dan juga semua pemohon yang mendengar ketika ini untuk menyemak status ini dengan memasuki e-mel kami bkcovid19@nadma.gov.my dan saya mohon pejabat-pejabat Yang Berhormat juga membantu sekiranya mereka tidak berapa fasih dan memahami.

Antara perkara yang tidak melayakkan mereka Yang Berhormat ketika telah ataupun melewatkan permohonan-permohonan ini adalah perkara-perkara seperti macam saya pergi kepada permohonan pengurusan kematian COVID-19 sebanyak RM5,000.

Syarat-syarat kelayakan itu tidak ditepati bukan warganegara dan selalunya permohonan ini tidak lengkap dan untuk bantuan khas COVID-19 RM100 satu hari pula bukan warganegara dan tiada pekerjaan sebelum dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian dan mempunyai pendapatan ataupun menerima gaji dalam tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian ketika menjalani rawatan di hospital ekoran COVID-19.

Saya memohon sekiranya ada lagi permohonan dan saya tahu masih ada permohonan yang mungkin lewat dan juga tidak lepas. Saya mohon terus kepada saya, Tugas-Tugas Khas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.