Pertanyaan: Apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyiasat salah laku bekas Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika PRU-14 memandangkan tribunal khas untuk tujuan tersebut telah dibubarkan.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS,
MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

TARIKH MENJAWAB : 1 JULAI 2019 (ISNIN)

SOALAN : 19

YB TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyiasat  salah laku bekas Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika PRU-14 memandangkan tribunal khas  untuk tujuan tersebut telah dibubarkan.

JAWAPAN: YB DATUK LIEW VUI KEONG
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Ahli Yang Berhormat,

1. Tribunal ditubuhkan untuk menyiasat sama ada terdapat apa-apa tindakan oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya semasa persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 dan pada hari mengundi pada 9 Mei 2018 yang terjumlah kepada suatu salah laku atau tidak.

2. Tribunal hendaklah menjalankan siasatan sama ada wujud salah laku sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap anggota Suruhanjaya Pilihan Raya itu dan salah laku itu dilakukan oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya itu ketika anggota Suruhanjaya Pilihan Raya itu masih memegang jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya.

3. Tribunal telah mempersembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong (“YDPA”) yang mengandungi dapatan dan syornya.

4. Tribunal juga telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan penyiasatan penuh bagi pertuduhan terhadap anggota Suruhanjaya Pilihan Raya itu dan salah laku itu dilakukan oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya itu semasa persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 dan pada hari mengundi pada 9 Mei 2018.

5. Walau bagaimanapun, memandangkan Tribunal telah mempersembahkan dapatan dan syornya kepada YDPA, keputusan akan dibuat selepas itu.

6. Pada masa yang sama, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Amar Steve Shim yang mempengerusikan tribunal ini telah menyatakan bahawa perkara ini adalah bersifat akademik kerana enam anggota Suruhanjaya tersebut telahpun meletak jawatan. Justeru, ia tidak boleh didengar kecuai ada alasan yang benar-benar munasabah.