Pertanyaan: Dasar dan pendirian Kerajaan terhadap industri penternakan khinzir

PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN menyatakan apakah dasar dan pendirian Kerajaan terhadap industri penternakan khinzir dan bagaimana Kementerian dapat membantu menyediakan pusat-pusat penternakan khinzir serta jenis kemudahan pinjaman untuk pemain industri ini memandangkan Bank Agro tidak menyediakan kemudahan untuk industri tidak halal.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan perladangan babi moden atau MPF (Modern Pig Farming) yang menjadi dasar penternakan babi negara. Melalui dasar ini, penternak diwajibkan mematuhi empat (4) kriteria wajib yang ditetapkan, iaitu:

(i)  mengamalkan sistem penternakan kandang babi tertutup;
(ii)  mengamalkan sistem penternakan babi yang baik (Good Animal Husbandry Practice – GAHP);
(iii)  pelepasan sisa ladang babi tidak melebihi keperluan oksigen biologi (Biological Oxigen Demand – BOD) 50 ppm; dan
(iv)  mempunyai zon penampan dengan fasiliti umum tidak kurang dari 200 meter.

Pelaksanaan dasar ini dapat membantu memperkukuhkan biosekuriti perladangan, mengurangkan kematian dan meningkatkan pengeluaran. Bagi memastikan industri ini kekal mampan dan lestari, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sentiasa membantu para penternak dengan memberi khidmat nasihat bagi meningkatkan kecekapan, mengukuhkan biosekuriti, dan mempertingkatkan kawalan penyakit.

Oleh kerana Agrobank tidak menyediakan kemudahan pinjaman untuk industri babi, maka instrumen pinjaman dari institusi perbankan komersil sedia ada boleh dimanfaatkan oleh penternak babi bagi mendapat suntikan modal memodenkan infrastruktur ladang dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Sekian, terima kasih.