Pertanyaan: Adakah sasaran miskin tegar sifar tercapai dan langkah selanjutnya untuk memastikannya kekal sifar pada masa depan

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] TARIKH : 20 MAC 2024 (RABU)
SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI EKONOMI menyatakan adakah sasaran miskin tegar sifar tercapai pada tahun 2023 di setiap negeri dan apakah langkah-langkah yang telah diambil dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk mencapai sasaran tersebut serta cara untuk memastikannya kekal sifar pada tahun- tahun akan datang.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan terus beriltizam untuk menoktahkan kemiskinan tegar tanpa mengira latar belakang kaum dan wilayah menerusi pendekatan baharu yang memberi penekanan kepada usaha mengatasi masalah struktur ekonomi bagi membolehkan isi rumah miskin menjana pendapatan tambahan secara mampan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data terkini Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022 yang diterbitkan pada Julai 2023, kadar kemiskinan tegar telah berkurang kepada 0.2 peratus pada tahun 2022 daripada 0.4 peratus pada tahun 2019.

Kadar kemiskinan tegar mengikut negeri pada tahun 2022 adalah seperti berikut, bagi Sabah (1.2 peratus), Kelantan (0.8 peratus), Sarawak (0.4 peratus), Kedah (0.3 peratus), Perak dan Terengganu (0.2 peratus), Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis (0.1 peratus) serta Selangor, Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (0.0 peratus). (0.0 peratus merujuk kepada nilai yang terlalu kecil iaitu kurang daripada setengah unit terkecil yang ditunjukkan)

Melalui Bajet 2023, Kerajaan telah membelanjakan RM4.4 bilion peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) seluruh negara dalam usaha menangani kemiskinan, termasuk miskin tegar, merangkumi peruntukan bagi program-program keusahawanan, menaik taraf infrastruktur luar bandar, program pembangunan sosial dan modal insan, program peningkatan pendapatan dan lain-lain. Projek/ program yang telah dilaksanakan bersandarkan prinsip inklusiviti dengan sasaran melibatkan kumpulan sasar miskin, Bumiputera, Orang Asli, Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak serta kumpulan minoriti.

Tuan Yang di-Pertua,

Beberapa strategi jangka sederhana dan panjang untuk menangani kemiskinan dan ketidaksamarataan dari pelbagai dimensi akan terus ditumpukan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12), 2021-2025 selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. Ini termasuklah meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin, peningkatan akses kepada sokongan sosial seperti pendidikan dan kesihatan serta perumahan bagi mengekalkan tahap kualiti hidup tertentu serta meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan isi rumah miskin.

Kerajaan melalui Bajet 2024 telah menyediakan peruntukan bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar serta meningkatkan darjat hidup rakyat, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI melalui program- program berikut:

  1. (i)  Pemberian bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) berjumlah RM10 bilion;
  2. (ii)  Pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sebagai tambahan kepada program bantuan sosial yang terus disediakan melalui pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan berjumlah RM500 juta; dan
  3. (iii)  Kerajaan akan memperkenalkan Program Komuniti MADANI di bawah seliaan ICU, Jabatan Perdana Menteri yang mana Kerajaan akan menyediakan peruntukan 1 bilion ringgit di bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) bagi menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti untuk menjayakan Program Komuniti MADANI.

Dalam mempergiatkan usaha membasmi kemiskinan, Kementerian Ekonomi melaksanakan IPR iaitu merangkumi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). IPR merupakan pelengkap kepada program- program pembasmian kemiskinan sedia ada yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi. Di bawah IPR, templat program meliputi ekosistem yang lengkap dibangunkan dan bantuan secara in- kind diberi kepada peserta bagi menyokong dan menggalakkan mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan secara mampan.

Kerajaan menyedari bahawa keberkesanan usaha membasmi kemiskinan turut berkait rapat dengan sumber data utama yang dijadikan rujukan. Pada masa ini, sumber data utama yang diguna pakai adalah HIES dan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih). Sementara itu, Sistem Informasi Data Maklumat Masyarakat Orang Asli (iDamak) menjadi sumber data utama bagi masyarakat Orang Asli. Walau bagaimanapun, Kerajaan mengakui terdapat isu limitasi terhadap pangkalan data kemiskinan eKasih yang diguna pakai sebelum ini seperti yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Ini kerana data kemiskinan tegar adalah bersifat dinamik dan memerlukan proses pemutihan data eKasih secara berkala.

Bagi mengintegrasi dan memperkukuh sistem pangkalan data negara, Kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah diluncurkan pada Januari 2024. PADU akan berperanan sebagai pangkalan data komprehensif untuk membantu Kerajaan merangka dasar dan program pembangunan termasuk program sosioekonomi dan membasmi kemiskinan secara menyeluruh dan bersasar.

Bagi menoktahkan kemiskinan tegar, Kerajaan akan terus berusaha untuk membantu isi rumah miskin tegar untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan melalui pewujudan pelbagai program peningkatan pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan. Pengenalan PADU akan membolehkan usaha membasmi kemiskinan tegar dapat dilaksanakan dengan lebih tepat tanpa sebarang keciciran dan pertindihan pemberian bantuan.

Sekian, terima kasih.