PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah JPM menerima sebarang cadangan daripada PDRM untuk meminda sebarang undang-undang bagi membolehkan PDRM melaksanakan tugas dengan lebih licin dan cekap.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
- Kerajaan MADANI kepimpinan YAB Perdana Menteri ke-10 dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan daripada mana-mana pihak termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meminda sebarang undang-undang bagi membolehkan mana-mana Kementerian/Agensi kerajaan melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan cekap.
- Dalam hal ini, JPM melalui agensi dibawahnya pernah dilibatkan Kementerian Dalam Negeri di dalam bengkel perundangan, sesi libat urus berkenaan insiaitif-inisiatif penugasan PDRM dan perbincangan penambahbaikan aspek undang-undang yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.

