Masih ingat tentang mySalam? MySalam ialah perlindungan insurans percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Ia telah mendapat sambutan baik daripada rakyat. Tahun ini diperluaskan kepada golongan M40.
Tetapi Timbalan Menteri Kewangan berkata bahawa perluasan mySalam kepada golongan M40 akan ditangguhkan.
Dikatakan ada masalah perundangan. Saya tanya bila ia boleh diselesaikan dan sama ada kerajaan boleh beri jaminan mengenai mySalam.
Timbalan Menteri tidak dapat memberi jawapan yang jelas.
Saya harap kerajaan sekarang jangan politikkan program mySalam. Program yang bagus dan memanfaatkan rakyat harus diteruskan.