Pertanyaan: Bilangan dan jumlah projek-projek rundingan terus yang telah diluluskan di bawah Kerajaan BN dan Kerajaan PN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

TARIKH: 4 NOVEMBER 2020 (RABU)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan dan jumlah projek-projek rundingan terus yang telah diluluskan di bawah Kerajaan Barisan Nasional (Mei 2013 — April 2018) dan Kerajaan Perikatan Nasional (Februari 2020 — terkini), termasuklah senarai projek-projek tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat,

Perolehan Kerajaan dilaksanakan berdasarkan prinsip perolehan Kerajaan iaitu persaingan terbuka, akauntabiliti awam, ketelusan, nilai faedah terbaik serta adil dan saksama seperti yang digariskan oleh peraturan dan tatacara di dalam Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan membenarkan pelaksanaan perolehan secara rundingan terus berdasarkan Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus yang menetapkan permohonan hanya boleh dikemukakan berasaskan lima (5) kriteria khusus seperti berikut.

Kesegeraan atas kepentingan awam di mana sekiranya tidak dilaksanakan segera akan memberi impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan awam,

i. Bagi maksud penyeragarnan untuk memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang akan dibeli;

ii. satu punca bekalanlperkhidmatan yang mana hanya satu syarikat sahaja boleh membekalkan baranganlperkhidmatan yang dikehendaki

iii. melibatkan keselamatanlstrategik bagi pembelian alat keselamatan atau projek strategik yang perlu dirahsiakan demi kepentingan negara. atau

iv. kontrak dengan syarikat pembuat Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan demi memupuk pertumbuhan syarikat Bumiputera yang bertaraf pembuat

Sejak diperkenalkan mulai tahun 2015, penambahbaikan berterusan telah dilaksanakan terhadap garis panduan ini bagi memastikan ia kekal relevan. Antara penambahbaikan terkini yang telah dilaksanakan mulai tahun 2019 adalah dengan mewajibkan Kementerian/Agensi untuk melaksanakan penilaian terhadap syarikat yang dicadangkan. Ini bagi memastikan hanya syarikat yang benar-benar berkeupayaan dari segi kewangan dan teknikal dipertimbangkan untuk perolehan secara rundingan terus.

Sebagai langkah kawalan, Kementerian/Agensi perlu mengemukakan permohonan perolehan secara rundingan terus berdasarkan kriteria di atas kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum perolehan boleh dilaksanakan.

Selain itu, peraturan perolehan Kerajaan juga diperkemaskan melalui surat arahan Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018 yang memansuhkan kaedah perolehan secara tender terhad yang mana dasar ini masih berkuat kuasa sehingga sekarang.

Sekian, terima kasih.