MELAKA, 20 JAN – YB Khoo Poay Tiong bersama-sama dengan Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka, Encik Hairil Anuar turun menghulurkan bantuan kepada Puan Suraini Binti Ithnain yang merupakan seorang ibu tunggal yang baru sahaja kehilangan suaminya pada penghujung tahun 2019.
YB Khoo Poay Tiong menghulurkan wang bantuan persekolahan sebanyak RM 500 kepada Puan Suraini Binti Ithnain pada hari Sabtu yang lepas di Jalan Ong Kim Wee.
Sumbangan yang diberikan ini adalah bagi memenuhi keperluan persekolahan dua orang Puan Suraini bagi sesi persekolahan tahun 2020 yang baru sahaja bermula beberapa minggu.
Puan Suraini baru sahaja kehilangan suaminya Allahyarham Encik Mohd Ezral Bin Mohd Reza akibat kemalangan jalanraya sewaktu pulang daripada bertugas di Seri Negeri, Ayer Keroh.
Allayarham merupakan seorang pegawai keselamatan di Seri Negeri, Ayer Keroh.
“Saya amat bersimpati terhadap nasib Puan Suraini yang baru sahaja kehilangan suaminya pada hujung tahun lepas” kata Khoo Poay Tiong.
Tambah Khoo Poay Tiong, nasib ibu tunggal di seluruh Kota Melaka akan terus dibela oleh beliau dan turut menyeru orang ramai berserta dengan badan-badan yang berkenaan untuk turut sama membantu ibu-ibu tunggal yang ada di seluruh negeri Melaka.


