Khoo Poay Tiong Ketuai Program Kesedaran Wabak Virus Corona

KOTA MELAKA, 31 JAN – Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong mengetuai pasukan “Info on Wheel” yang ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan Melaka memberikan penerangan dan maklumat-maklumat penting berkenaan dengan wabak virus  Corona di sekitar kawasan DUN Bandar Hilir pagi tadi.

Sesi penerangan yang dilakukan oleh pasukan “Info on wheel” ini turut menerangkan tentang cara-cara penjagaan kebersihan yang betul serta langkah-langkah awal dan pencegahan bagi membendung wabak virus Corona.

Khoo Poay Tiong turut ditemani oleh Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Tuan Mohd Rizal Hashim bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan wabak virus Corona di sekitar kawasan DUN Bandar Hilir.

Beliau berkata rakyat tidak perlu panik dan boleh meneruskan urusan harian seperti biasa serta memastikan kebersihan diri dan tempat tinggal terjaga selain mengelakkan diri daripada melawat ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan virus ini.

Khoo menyarankan agar orang ramai untuk berwaspada dengan penyebaran berita-berita palsu di media-media sosial dengan menapis dan mengesahkan terlebih dahulu kesahihan setiap berita yang berkaitan dengan virus Corona sebelum disebarkan kepada orang lain bagi memastikan berita yang disampaikan tidak bercanggah dengan maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mengenal pasti kesahihan setiap khabar angin mengenai virus Corona dan turut sama memerangi berita-berita palsu yang disebarkan” kata Khoo Poay Tiong.

Disamping itu, Khoo Poay Tiong juga turut mengambil peluang ini bagi memberikan penerangan kepada penduduk sekitar mengenai isu bekalan air yang sedang dialami oleh penduduk negeri Melaka.

Selain itu, seiring dengan sambutan Tahun Baru Cina yang masih meriah disambut ketika ini, Khoo Poay Tiong  bersama dengan Jabatan Penerangan Melaka mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina di SMK Canossa Convent, Perkampungan Portugis.