Kerjasama Awam Bagi Memelihara Budaya Masyarakat Di Melaka Menjadi Rancangan Utama Kota Melaka

KOTA MELAKA, 5 FEB – Suatu usaha bagi membentuk kerjasama awam dalam memelihara budaya masyarakat di Melaka telah berlangsung pagi tadi melalui sesi forum Melaka Heritage Program with MP Kota Melaka yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bersama dengan Melaka In Fact, sebuah komuniti pencinta sejarah negeri Melaka.

Forum Melaka Heritage Program with MP Kota Melaka merupakan sebuah sesi penerangan dan soal jawab mengenai usaha-usaha pemeliharaan budaya dan warisan masyarakat di Melaka selain sesi penerangan bagi Geran Komuniti Kota Melaka yang dianjurkan oleh YB Khoo Poay Tiong.

YB Khoo Poay Tiong menyampaikan penerangan mengenai usaha-usaha bagi memelihara budaya dan warisan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Melaka

Disamping itu, Forum Heritage Program with MP Kota Melaka telah dianjurkan di pejabat urusan Melaka In Fact  serta menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran wakil-wakil komuniti daripada pelbagai kaum yang ada di Melaka.

Pengarah Urusan Melaka In Fact, Datin Saidah Rastam memberikan penerangan mengenai usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Melaka In Fact bagi memelihara sejarah, warisan dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Melaka

YB Khoo Poay Tiong turut menyatakan iltizam beliau bagi memastikan pemeliharaan warisan budaya masyarakat di Melaka tidak terabai dan terus kekal sebagai warisan zaman-berzaman masyarakat kita.

“Saya sentiasa memberikan sokongan dan dokongan penuh dalam segala bentuk usaha yang dijalankan melibatkan pemeliharaan budaya masyarakat-msayarakat di Melaka” kata Khoo Poay Tiong.

Tambah Khoo Poay Tiong lagi, warisan masyarakat ini yang sebenarnya menjadi daya penarik untuk memastikan Melaka kekal menjadi pilihan nombor satu  pelancong dari seantero dunia.

Khoo Poay Tiong juga turut menekan tentang kepentingan kerjasama awam melalu masyarakat setempat dan pihak bekuasa bagi berganding bahu dalam usaha memlihara budaya masyarakat di Melaka.

Forum ini turut dijadikan sebagai ruang bagi Pusat Khidmat Parlimen Kota Melaka melalui Setiausaha Politik YB Khoo Poay Tiong, Saudara Chan Tsu Chong bagi membentang dan menerangkan berkenaan Geran Komuniti Kota Melaka yang mendapat sambutan hangat setakat ini.

Geran Komuniti Kota Melaka merupakan sebuah program untuk memperkasakan dan menyokong kumpulan-kumpulan yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Melalui program ini, geran boleh dipohon untuk menjalankan projek atau aktiviti yang akan membawa kesan positif dan manfaat kepada masyarakat terutamanya di Kota Melaka.

Forum ini bukan sahaja dihadiri oleh wakil-wakil komuniti namun turut dihadiri oleh golongan-golongan muda bagi membincangkan idea dan saranan mereka bagi memelihara budaya masyarakat di Melaka.

Wakil masyarakat Portugis menyatakan kerisauan beliau terhadap warisan budaya masyarakat Portugis yang kian terhapus di Melaka.