Kerajaan Perikatan Nasional dikatakan telah gagal untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di sektor pendidikan.
Untuk tahun ini sahaja, terdapat 83 kluster Covid-19 yang melibatkan institusi pendidikan.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, berkata bahawa ramai ibu bapa dan guru yang risau kerana kluster Covid-19 di sekolah kian bertambah sejak sekolah-sekolah dibuka sepenuhnya pada 1 April 2021.
“Ibubapa dan guru sedar bahawa proses pembelajaran masih perlu diteruskan. Tetapi persoalan utama ialah bagaimanakah sekolah-sekolah boleh terus dibuka dengan selamat.
“Dari segi ini, kerajaan telah gagal merancang dan bertindak dengan baik,” ujar beliau.
Khoo memberi contoh di mana pihak pentadbiran sekolah menghadapi kesukaran untuk mengawal situasi tersebut.
“Ada kes Covid di sekolah, tetapi pihak sekolah tidak boleh membuat keputusan untuk tutup sekolah kerana mereka perlu rujuk kepada pegawai kesihatan daerah.
“Pegawai kesihatan daerah pula mengambil masa untuk menilai dan membuat keputusan. Sementara tu, para pelajar terdedah kepada risik,” kata beliau.
Akhirnya, dua hari yang lepas, Kementerian Pendidikan telah membuat ketetapan baharu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Mah Hang Soon, telah mengumumkan bahawa sekolah secara automatik apabila ada kes Covid-19.
Pegawai kesihatan kemudiannya akan membuat keputusan lanjut sama ada akan tutup atau buka sekolah tersebut semula.
Menurut Khoo, perkara ini sepatutnya boleh dirancang dan ditetapkan sebelum sekolah dibuka lagi supaya tidak menyusahkan para guru dan ibubapa.
Beliau turut menimbulkan masalah yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah yang akan ditutup.
“Bagi sekolah-sekolah yang kini tetal ditutup, sudah pasti proses pembelajaran akan tergendala semula. Kemungkinan besar para guru dan pelajar perlu menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semula.
“Sebelum ini, proses PdPR menghadapai banyak isu asas. Contohnya, ada pelajar yang tidak ada laptop, dan ada guru pula yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk mendapatkan talian internet yang baik.
“Apakah Kementerian Pendidikan telah membuat persiapan dan memberi sokongan yang sepenuhnya kepada guru dan pelajar yang terlibat?” soal beliau.

