Kamar Khas: Skim Perlindungan Masyarakat (mySalam)

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KELIMA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Rabu, 22 Februari 2023
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Skim Perlindungan Masyarakat (mySalam) 

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan Kamar Khas saya pada hari ini ialah “Skim Perlindungan Masyarakat (mySalam)”. 

Tuan Yang di-Pertua, Skim Perlindungan Masyarakat ataupun yang lebih dikenali sebagai mySalam telah diperkenalkan pada tahun 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Skim ini merupakan takaful percuma untuk rakyat B40. 

Mereka boleh menerima pembayaran sebanyak RM8,000 jika menghidapi penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain. Selain daripada itu, mySalam menyediakan manfaat hospitalisasi berjumlah RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. 

Sememangnya program ini amat baik kerana ia memperkasa perlindungan sosial rakyat. Namun, saya ingin membangkitkan beberapa isu untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. 

Pertama, prestasi dan kedudukan kewangan. Skim mySalam ditubuhkan dengan dana RM2 bilion daripada sumbangan sebuah syarikat insurans iaitu Great Eastern Holdings untuk tempoh masa lima tahun. Saya ingin memohon penjelasan sama ada dana ini telah dilunaskan sepenuhnya oleh syarikat tersebut dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini, termasuklah jumlah penerima. Adakah dana mySalam ini mencukupi untuk diteruskan untuk tahun-tahun akan datang dan jika tidak, apakah langkah-langkah untuk memastikan kelangsungannya? 

Kedua, peluasan kepada M40. Pada November 2019, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa mySalam akan dibuka kepada golongan M40 dengan manfaat berjumlah RM4,000. Proses pendaftaran telah dilaksanakan, tetapi malangnya, kerajaan baharu selepas Langkah Sheraton telah menangguhkan peluasan ini. 

Pada Ogos 2020 di Parlimen, saya telah bertanya kepada Timbalan Menteri mengenai isu ini dan beliau menyatakan peluasan kepada golongan M40 ditangguhkan atas sebab ‘perundangan’. Sehingga hari ini, laman web mySalam masih menyatakan “peluasan skim mySalam kepada golongan M40 akan ditangguhkan buat masa ini.” Saya memohon penjelasan sama ada Kerajaan masih sedang ‘menangguhkan’ peluasan ini ataupun telah membatalkannya, memandangkan lebih dua tahun telah berlalu. 

Ketiga, tadbir urus. Saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 yang menyatakan beberapa teguran terhadap pengendalian mySalam, antaranya: 

(i) tadbir urus mySalam tidak memperuntukkan kawalan dalaman yang mencukupi dan mekanisme semak dan imbang;
(ii) tiada mekanisme pelaporan kepada Jemaah Menteri, Parlimen serta pihak berkepentingan; dan
(iii) sebanyak lima peluasan skim mySalam telah diluluskan tetapi tidak dinyatakan ataupun dipinda di dalam Arahan Amanah mySalam. 

Keempat, perbelanjaan kos operasi. Berdasararkan Laporan Ketua Audit Negara, menunjukkan bahawa bagi tahun 2019 dan 2020 jumlah perbelanjaan manfaat ialah RM110.90 juta atau 36.8 peratus. Manakala, jumlah perbelanjaan operasi ialah RM190.08 juta atau 63.2 peratus. 

Maka, jelas menunjukkan jumlah kos operasi adalah hampir dua kali ganda jumlah bayaran manfaat kepada rakyat. Pada pandangan saya, ini adalah tidak berpatutan dengan tujuan penubuhan mySalam. 

Perkara kelima ialah tender. Laporan Ketua Audit Negara membangkitkan bahawa syarikat Great Eastern Holdings dilantik sebagai pengendali eksklusif untuk dua tahun pertama. Bagi tahun-tahun seterusnya, proses tender sepatutnya dibuka untuk menjemput syarikat lain supaya mySalam dapat dikendalikan dengan kos pengurusan yang lebih kompetitif. Namun, pembukaan dan tender ini tidak dilaksanakan. 

Dengan ini, saya memohon penjelasan lanjut untuk isu-isu yang dibangkitkan di atas. Sekian, terima kasih. 

Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Sim Chee Keong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada saudara saya dari Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, Skim Perlindungan Masyarakat (mySalam) sebenarnya merupakan sebuah skim perlindungan kesihatan percuma yang telah ditubuhkan ataupun diadakan di bawah Akaun Amanah Persendirian dengan jumlah dana sebanyak RM2.37 bilion bermula tahun 2019. 

Tempoh pelaksanaan mySalam ini adalah sebenarnya untuk lima tahun iaitu bermula pada tahun 2019 dan berakhir pada tahun 2023 iaitu tahun ini, dengan bayaran caruman insurans oleh kerajaan sebanyak RM112, setiap orang, setiap tahun bagi individu B40 dan pasangan yang juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ketika itu yang kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 

Berhubung dengan soalan Yang Berhormat, dana mySalam ini telah disumbangkan oleh pihak Great Eastern Holding Limited (GEHL) sebagai syarat penyelesaian alternatif kepada dasar pelupusan saham asing sebanyak 30 peratus dan bayaran sepenuhnya telah dibuat oleh pihak GEHL pada 5 Mac 2020. 

Pada tahun 2019, dianggarkan lebih enam ribu orang telah menerima manfaat mySalam dengan jumlah tuntutan dibayar lebih kurang RM11.5 juta. Sukacita saya di sini memaklumkan jumlah keseluruhan individu yang telah menerima manfaat mySalam sehingga 31 Januari 2023 adalah lebih 1.1 juta orang melibatkan jumlah tuntutan dibayar lebih RM747.7 juta. 

Bayaran tersebut adalah termasuk tuntutan yang telah diterima daripada individu B40 yang dikuarantin sebagai PUI COVID-19 serta permohonan kos peranti perubatan, manfaat hospitaliti dan penyakit kritikal. Seperti mana yang telah dimaklumkan pelaksanaan mySalam ini akan berakhir pada tahun ini. Berikutan itu, Lembaga Pemegang Amanah (LPA) mySalam sedang meneliti hala tuju pelaksanaan skim tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung kelangsungan pelaksanaan mySalam pada masa hadapan. 

Dalam masa yang sama, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia juga telah berkongsi maklumat dan data berkaitan pelaksanaan mySalam dengan pengendali takaful dan penanggung insurans berlesen. Langkah ini bagi menarik minat pengendali takaful dan penanggung insurans berlesen untuk mempelbagaikan penawaran perlindungan takaful dan insurans dalam pasaran yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan B40 serta memudahkan peralihan kumpulan B40 kepada skim perlindungan yang mampu milik, mudah difahami dan mempunyai proses tuntutan yang senang dan ringkas seperti − contoh yang telah diperkenalkan oleh kerajaan ialah Perlindungan Tenang. 

Pada masa ini kita nampak memang terdapat peningkatan dalam bilangan pengendali takaful dan penanggung insurans yang menggunakan data mySalam untuk membangun produk takaful dan insurans yang mampu milik bagi memenuhi keperluan kumpulan B40. 

Berkaitan dengan peluasan perlindungan mySalam kepada golongan M40. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Surat Ikatan Amanah mySalam memang menetapkan bahawa manfaat skim tersebut dikhususkan hanya untuk golongan B40. Walau bagaimanapun, kerajaan pada tahun 2019 telah membuat keputusan untuk meluaskan skim tersebut kepada M40. Akan tetapi, hasrat tersebut telah ditangguhkan oleh kerajaan yang seterusnya dan antara justifikasinya ialah sebab penularan wabak COVID-19 dan kesannya lebih kepada golongan B40. 

Berikutan itu, kerajaan telah meluaskan penerima manfaat mySalam yang layak termasuk meningkatkan had umur individu tersebut dan pasangan daripada umur 55 tahun kepada 65 tahun, serta dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam bagi membuat tuntutan ke atas kos peranti perubatan. Namun begitu, berhubung dengan soalan Yang Berhormat Kota Melaka, keluasan manfaat kepada golongan M40 sedang dipertimbangkan semula oleh LPA mySalam dan mereka akan membuat keputusan dalam penilaian kelangsungan pelaksanaan mySalam kelak. 

Untuk isu Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2, kerajaan juga telah membuat pindaan-pindaan ke atas Surat Ikatan Amanah mySalam selaras dengan teguran dalam laporan tersebut. Tindakan ini diambil untuk memperkemaskan lagi mekanisme tadbir urus dan pelaporan mySalam kepada pihak berkepentingan seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. 

Jabatan Audit Negara (JAN), melalui maklum balas bertarikh 30 Disember 2022 telah mengesahkan bahawa ketujuh-tujuh isu teguran, laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 adalah berstatus ‘selesai’ atau ‘hijau’. Laporan tersebut boleh diakses melalui Auditor General’s Dashboard, JAN. Berhubung isu perbelanjaan operasi yang melebihi perbelanjaan manfaat pada tahun 2019 dan 2020, tidak dinafikan di awal pelaksanaan mySalam jumlah pembayaran manfaat adalah rendah. Jumlah penerima manfaat yang layak bagi mySalam diawal pelaksanaan juga rendah iaitu lebih kurang 4.7 juta penerima pada tahun 2019 berbanding 10.2 juta penerima pada tahun 2022. 

Selain itu, kesedaran dikalangkan penerima mySalam juga amat rendah berkaitan dengan mengemukakan tuntutan manfaat takaful ini pada peringkat awal pelaksanaan program tersebut. Kerajaan dengan bantuan GETB telah melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kesedaran golongan B40 berhubung pelaksanaan mySalam melalui pelbagai promosi termasuklah kaunter khas mySalam di hospital kerajaan dan hebahan melalui media massa, media sosial dan saluran telekomunikasi. 

Hasilnya, kita dapat lihat bahawa jumlah penerima dan pembayaran manfaat mySalam pada tahun 2021 dan 2022 telah meningkat dengan ketara iaitu lebih 373 ribu penerima pada tahun 2021 dengan jumlah bayaran manfaat sebanyak RM275.5 juta dan lebih 651 ribu penerima pada tahun 2022 dengan jumlah bayaran manfaat lebih RM373.2 juta berbanding dengan penerima dan bayaran manfaat yang dikeluarkan pada tahun 2019 dan tahun 2020 − yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. 

Berkaitan perbelanjaan operasi pula, direkodkan stabil – Nanti kita akan kemukakan mungkin secara bertulis jadual berkaitan pengeluaran manfaat dan juga perbelanjaan operasi setiap tahun. Pada tahun 2021, perbelanjaan operasi berjumlah RM93.1 juta dan kita bandingkan penerima manfaat RM275.5 juta. Pada tahun 2022, perbelanjaan operasi adalah berjumlah RM143.3 juta berbanding dengan jumlah manfaat yang telah dibayar RM373.2 juta. 

Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, struktur pelaksanaan mySalam pada masa ini tidaklah berteraskan kepada keuntungan serta tidak memberikan manfaat ekonomi kepada pengendali takaful yang terlibat. 

Selain itu, pengendali takaful juga terdedah kepada risiko kerugian sekiranya pembayaran manfaat melebihi premium yang dibayar kepada individu yang layak. Justeru, kerajaan telah membuat keputusan ketika itu untuk meneruskan perkhidmatan Great Eastern Takaful Berhad sebagai penyedia perkhidmatan mySalam berdasarkan kualiti perkhidmatan dan standard pematuhan yang sejajar dengan kehendak kerajaan. 

Namun, kerajaan telah mengehadkan had yuran Wakalah kepada GETB iaitu tidak melebihi RM32 juta pada tahun pertama dan RM26 juta pada tahun kedua hingga tahun kelima. Akan tetapi, mengambil kira terdapat peningkatan yang begitu ketara seperti yang saya bangkitkan tadi, bagi jumlah penerima mySalam yang layak, maka, Lembaga Pemegang Amanah (LPA) mySalam telah bersetuju untuk meningkatkan had yuran Wakalah kepada RM30 juta bagi tahun 2022. 

Selain itu, sebarang lebihan dalam dana takaful mySalam yang dikendalikan oleh GETB akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Amanah mySalam. Sekian, terima kasih. 